Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 24-Jun-2008 18:13
JALAN2 SINGAPORE (17/6-20/6)
Hari selasa lepas gi ikut husband ke Singapore…actually bkn nak jln2 tp sbb husband ada expo n kerja kat sana…so sambil nyelam minum air lah…bila lg nak gi sana kan…lgpun hotel n transportation, semua company tanggung ….
Masuk Singapore naik kete…ni 1st time husband bwk kete masuk Singapore…biasanya dia naik flight atau MRT je….macam2 hal le kat sana…masa kat imigresen bhgian Singapore,dia mintak passport n autopass…ape ke bendanya autopass tu…dia kata semua kenderaan kat Singapore atau masuk sana kene ada benda tu…then dia suruh pergi kat satu bangunan tu n beli autopass kat situ…
Pastu nak sampai ke bangunan tu ada sorang lg check n dia tanya ada problem ke…pastu husband ckp le nak kene gi beli autopass pastu dia ckp lalu je kat mainlane…so kita org pun ikutlah jalan tu then ada lagi polis check tp kali ni check boot kete je tgk brg apa yg kita bawak…takde plak dia mintak autopass ke atau ape2 jelah…pastu dia suruh jalan…so kitaorg jalan je lah…
Masa kat Singapore merata2 nampak signboard sila top up autopass or cash card anda…mmg tertanya2lah ape ke bendanya tu….lantak lah…janji tak sesat jalan…susah gak benarnya nak cari jalan kat sana…lgpun masa tu dah pukul 10 lebih so lg lah payah…redah punya redah sampai jugaklah kat hotel…
Nak parking ada problem lain lak…dia mintak cash card…bila kita ckp takde then tanya ape kebendanya tu, dia jawab macam kurang asam je…dia kata kene beli dulu benda tu baru boleh parking…yg tensen nya dah lah kita guest kat situ n parking utk guest free so apa lah salah nya dia bukak je palang tu…dah lah dah malam n ada anak2 plak tu…mmg tak kesian langsung…
Kat sana tak jalan2 sgt sbb siang husband kerja…malam pun kejap je gi jalan2 kat Bugis street n makan briyani kat Arab street...barang2 mmg tak byk beli kat sana...mahal...yelah currency kat sana kan tinggi so bila nak beli tu calculate dulu ke duit M’sia…kalau rasa2 mahal tu mmg tak beli le jawabnya…lgpun mmg gi sana bkn nak shopping pun…abis dah duit masa gi Thailand ari tu…
Hari terakhir kat sana husband ada meeting kejap sbb nak kene checkout b4 12pm…so ari tu sebelum blk M’sia ajak husband gi zoo Singapore dulu,,,sian kat anak sbb tak jln2 pun kat sana…masa on the way ke sana,sesat plak…ikut peta pun still boleh salah jalan lg…tp nasib baik Singapore tak besar mana…pusing2 jap dah jumpa tpt yg dituju…satu benda lah nak puji kat sana…zoo dia mmg best…bersih,tak berbau n ada macam2 spesis binatang…yg pelik2 pun ada…dekat 4 jam jugaklah kitaorg kat sana…mmg tak lepas tgk ape2 pun kecuali ular…kite tak bg husband masuk sana…geliiiii….
Dari zoo terus ke woodland tuk ke jb…time ni mula lah cuak balik sbb member2 husband kata,b4 keluar Singapore,kene tunjuk passport n autopass sekali lg…diaorg kata jln2 kat Singapore kalau takde autopass nnt masa kat imigresen kene denda…tawakal je lah…mak oiii punya lah ramai beratur nak ke jb masa tu sampai kan motor yang ada 4 lane pun tak leh bergerak…kereta apa lg…sepanjang berjalan mcm siput tu adelah signboard laluan ke top up autopass so husband pun decide nak ikut situ so kalau org imigresen tu kata kene beli,gak kitaorg beli je lah kat situ…
Tensen giler…lepas kitaorg ikut jln tu baru kitaorg perasan tu bukan jln nak ke imigresen…tu jalan biasa balik…nak marah sgt masa tu…sia2 je beratur dekat 2 jam last2 masuk blk jln biasa…takkan nak beratur balik kot….ni semua autopass punya pasal…pastu kiter suh husband ikut Tuas lak…tak sanggup dah nak beratur balik ikut Woodland…takde lah jauh sgt nak ikut link kedua tu cuma jalan dia kene perhati betul2 lah…kalau salah satu jln,berpusing2 le jawabnya…
Suprisingly,kat Tuas tak banyak kete langsung…smooth je jalan dia…berenti time check passport je…kali ni gamble je pasal autopass tu…kalau dia nak denda pun denda lah…tapi sekali lg terkejut,officer tu mintak passport je…dia tak tanya langsung pasal autopass…dia tak tanya,kitaorg apa lg…diam seribu bahasa lah…syok nya bila semua dah lepas n rasa happy sgt bila dah masuk M’sia…tak yah nak risau pasal benda alah tu dah…
So untuk sesiapa yg tertanya2 apa kebendanya autopass tu…Autopass ialah sejenis kad atau alat seperti smart tag yg ada kat negara kita ni…kat sana semua highway dia takde booth so semua kenderaan diaorg diwajibkan pasang alat tu so bila dia lalu kat mana2 jalan yg berbayar so automatically akan di charge melalui pass diaorg…parking pun camtu…takde booth tuk org byr cash…boleh byr sama ada guna autopass ataupun cash card…
So tu le cite jalan2 kat Singapore…kesimpulannya, kitaorg jln2 kat sana free of charge…tak byr tol langsung…tak tau lah plak kalau seminggu dua lg dtg surat saman kat umah kite…mintak2 takde le kan…






© Pidgin Technologies Ltd. 2008.