Sebenarnya, citer nie dah agak `basi' cuma sekadar ingin berkongsi perasaan gembira seorang ibu dengan pencapaian `sulung' Nuraisyah Irdina dalam exam PKSR yang lepas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali membanggakan diri. Sesungguhnya, kejayaan itu bukan datang bergolek!
Remember, success is not a destination... it's a journey!
| Quote: |
Fakta-fakta mengenai Aisyah :
Orangya cerewet yg amaaatttt.... `penggeli' terhadap mendeX2 kotor & kalau carik mende yg disuruh... tak penah-nya jumpa!
Suka mkn telur... rebus, dadar, scramble or mata lembu sumer die sapu!
Kawan baik kat kelas namanya Dhamirah Irdina, so org panggil depa twins `Irdina'
Pangilan kat rumah... "kakak", kat sekolah gengX2 panggil "Aisyah" & dak nakal called her " dak kecik...."
Sebenarnya, prestasi Aisyah agak menurun compare to `First-Term'. She got B for Bhs Arab. Frust.. So... kena tingkatkan lagi usaha!
|


***Gambar ini diambil masa gi ambik report card Aisyah pd 20.06.08 yg lepas***( ibu 3A nie... pi amik report-card ker... amik gambo!
Kadang-kadang... saya terlupa yang anak sulung saya ni `masih kecil', masih memerlukan perhatian penuh dari kedua ibubapabya sedangkan kami agak `sibuk' melayan karenah si kecil yg lain. So, sumber kat bwh nie... I petik dr majalah
Pa & Ma utk kita kongsi bersama terutama bagi anakX2 yg berusia 5-7 thn :
10 TIPS ANAK CERIA :
1- Hubungan kasih sayang - Sikap pilih kasih boleh membunuh rasa yakin pd diri anakX2.
2- Fahami dan kongsi masalah - jika dia tidak pandai membaca sedangkan kawanX2 yg lain sudah lancar, perlu beri galakan dgn kongsi masalahnya
3- Betulkan kesilapan anak - Apabila mereka menconteng buku, jelaskan bhw perbuatan itu salah & merosakkan buku. Bkn dgn memarahi atau mengatakan `nakal yea...!'
4- Tetapkan peraturan & terangkan sebabnya - Jgn rasa letih utk ulangi peraturan kerana mereka akan mengingati perkara yg berulangkali ditegur. Lakukan dgn konsisten & jgn kelirukan mereka.
5- Galakkan buat pilihan sendiri - Jgn memaksa, berikan 2 atau 3 pilihan
6- Bina pengalaman baru dlm diri anak - Biar mereka mencuba & belajar drp kesilapa
7- Beri pujian & kataX2 perangsang - cth: puji cawan yg di basuh bersih (w/pun anda tidak puashati). Mereka akan lebih bersemangat mempelajarnya.
8- Kreatif (ikut kemampuan mereka) - suruh mereka lukis rumah & tampal di biliknya. Dia akan berbangga akan hasil kerjanya
9- Disiplin yg positif - Masa utk kegiatan harian mestilah tetap & jgn di ubah. Mereka akan rasa terdidik & berdisiplin
10-Suruh dia buat kerja - jika mereka sepahkan mainan, kemaskan bersama atau beri kataX2 nasihat.
Sekian... ceramah `mak cik' pd kali ini.... Wassalam!