Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 25-Jun-2008 02:45
~> CERITA DALAM CERITA <~
Quote:
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua...

Dah lama Sya update FP ni. Banyak kekangan yang terpaksa dihadapi. Antara sebab ‘ketiadaan masa dan kesempatan’ ialah di waktu Sya pregnant dan selepas kelahiran cahaya mata pertama Sya & suami. Kini barulah Sya ada masa sedikit setelah baby dah besar sket.

Disini Sya ingin kongsikan apa yang berlaku sebelum ni dimana ia merupakan suatu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan...

1) Mengandung

Berita tentang kehamilan Sya menggembirakan buat suami tercinta (Nik Faiz).. Namun, dalam kegembiraan itu terselit kesedihan kerana Sya terpaksa menolak tawaran KPLI (sebagai guru). Rezeki anak datang dulu daripada rezeki jadi cikgu. Apakan daya, semua sudah tertulis dan itu kehendak-Nya.

Dalam masa mengandung tuh, alahan biasa dialami oleh mana2 bakal ibu. Permintaan yang pelik2 tidaklah menjelma yang menyusahkan suami Sya (nasib baik-sebenarnya tak nak nyusahkan abang). Namun dalam bulan Ramadhan tahun lepas (2007) banyak sangat dugaan. Sya tidak mampu berpuasa sepenuhnya (Sya alami keletihan yang tidak dapat diceritakan), rasa mual datang pada waktu pagi dan waktu petang..Keletihan yang luar biasa tu menyebabkan Sya tidak mampu meneruskan ibadah pose sepenuhnya.Nampaknya Sya kena la berganti pose pas ni...hehe

2) Masalah dalam kehamilan

Pada minggu ke-37 kehamilan, Dr. Di klinik kesihatan mendapatkan rawatan daripada Dr. pakar di hopital Putrajaya. Ini adalah disebabkan penyakit kencing manis yang Sya alami menyebabkan baby dalam rahim bersaiz kecil dari biasa (normalnya kalau ibu ada kencing manis, saiz baby akan besar, tapi Sya terbalik pulak).

Seminggu selepas itu, setelah diperiksa oleh pakar Hospital Putrajaya, dr mendapati saiz baby Sya memang kecik, hanya mencapai 2.4 kg dan jumlah air mentuban semakin berkurang sedangkan waktu bersalin(40 minggu) semakin dekat. Untuk mengelakkan sebarang kemingkinan yang tidak diingini, dr mencadangkan agar Sya masuk wad dan bersalin awal (induce).

Setelah berbincang dengan suami, kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung dan Sya akan bersalin di sana. Sebelum ni kami bercadang untuk bersalin disini. Kesian kat anak sedara Sya (Nadia Nabila) yang tak sampai seminggu datang KL nk berjalan2, tp dah kena balik.

3) Bersalin

Sekembalinya ke kg (Kelate), Sya & suami bergegas ke HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) sambil ditemani kakak Sya & anak buah (nasib baik ada kakak Sya yang keje kat sana, dia la yang tolong percepatkan proses di unit kecemasan). Selepas melakukan pemeriksaan oleh dr, Sya dimasukkan dalam wad. Selama 4 hari dr membuat pemerhatian ke atas kandungan Sya, dr menyatakan tiada peningkatan berat badan baby dan jumlah air mentuban pun semakin berkurang. Tiada cara lain yang disarankan oleh dr melainkan ‘induce’.

Keesokan harinya, 7hb April 2008 kira2 jam 8.30 pg dr memasukkan ubat bagi tujuan membuka jalan. Kesakitan hanya seketika berlaku, selang 10minit. Tapi setelah diperiksa, jalan hanya terbuka 1cm (lambat lagi). Sepanjang hari begitu la keadaannya sehingga ke malam dan menjelang pagi keesokannya.

Jam 7.30 pg 08/04/08, dr pakar yang meronda pagi tu menyarankan prosedur yang sama dilakukan seperti hari sebelumnya. Sya akur. Setelah 3 jam berlalu, Sya mula merasakan kesakitan terutamanya di bahagian peha, perut pinggang & belakang. Kesakitan itu semakin kuat menjelang jam1 tghari. Pada waktu itu, suami Sya berada di sisi (tapi hanya waktu melawat). Dia lah yang menggosok belakang Sya, membisikkan agar Sya bersabar. Pada waktu itu juga, kakak Sya iaitu Ka Nie & Kak Yah datang menjenguk Sya. Sya tiada mood nak bercakap disebabkan kesakitan yang teramat sgt sehinggakan telefon berdering pun tidak kedengaran. Jam 2 ptg, dr yang memasukkan ubat datang memeriksa jalan. Tapi bukaan hanya 2 cm (dr ckp mungkin lambat lg). Jadi, Sya berehat sendirian di katil sambil mengerang kesakitan.

Pada jam 4.30 ptg, sekali lagi dr memeriksa jalan. Namun, bukaannya masih sama iaitu 2 cam. Kesakitan yang Sya alami semakin bertambah. Tiada ungkapan lain yang keluar dari mulut Sya hanya ‘La ilahailla anta Subhanakainni kuttumina zalimin’ sambil mengucap. Semua bacaan keluar dari mulut Sya untuk mengurangkan sakit. TUHAN MAHA KUASA.

Pada jam 5.50 ptg, setibanya kakak Sya (Kak Yam), kesakitan menjadi2. Sya terasa akan sesuatu akan terkeluar (seperti nak buang air besar). Sya minta nurse memeriksa jalan, memandangkan tiada dr pada waktu itu. Setelah diperiksa, nurse mendapati jalan 9cm telah terbuka, bermakna bersedia untuk bersalin. Sya disorong ke labor room secepat yang boleh. Nurse menolak wheel chair tu dengan laju sekali. Bayangkanlah, kepala baby dah nak kuar. Sya tahan sehingga tiba di labor room.

Sya berada di labor room pada jam 6.05 ptg. Semua persediaan telah diaturkan. Sambil menjerit kesakitan, Sya ditenangkan suami tercinta. Sejurus selepas itu, pada jam 6.15 ptg Sya terdengar tangisan baby dan iqamat oleh dr yang menyambut. Alhamdulillah, Sya berjaya lahirkan baby girl. Setelah baby dibersihkan, dr meletakkannya di atas dada Sya. Sya sungguh terharu. Segala kesakitan dan keperitan melahirkan anak mengingatkan Sya kepada keperitan ibu Sya sewaktu dia melahirkan Sya dulu....Terima kasih ibu (che) kerana memberi peluang Sya merasai keperitan dan pengalaman ini.

Setelah semuanya selesai, Sya & baby dimasukkan semula ke wad dan keesokan harinya Sya dibenarkan keluar wad. Sekalung ucapan teima kasih yang tak terhingga buat orang2 yang selama ini banyak membantu Sya terutama suami tercinta (NIK MUHAMAD FAIZ) di atas dorongan sepanjang kehamilan dan kelahiran pertama ini. Begitu juga, ahli keluarga Sya iaitu Kak Nie, Kak Yam & Kak Yah. Tidak lupa kepada anak2 buah Sya yang banyak membantu terutama Nadia (nanti datang KL kita p jenjalan ek).

Oleh itu, Selamat Datang Kepada “NIK SYAZAHRA INSYIRAH” Ke Dunia...





© Pidgin Technologies Ltd. 2008.