| Thursday, 19-Jun-2008 17:20 |
|
Keluar Berita Harian.. tapi...
|
|
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Pendidikan/20080619003259/Article/index_html
bile akmal tunjukkan paper berita harian..
rasa sedih, gembira dan rasa geram pun ader..
ye lah.. guru pembimbing... glamor dan hebat didalam paper..
aku masih terbelenggu.. nak latih sekolah menengah teknik KL atau tak..
ye la.. its depend pada bayaran la..
bukan nak berkira.. minyak nak ke sana je dah 50 ringgit pergi balik..
aku perlu beringat
jangan sampai amal jariah sampai tak logic..
so.. esok kalau
sekolah bayar RM 300 keatas.. aku akan jar sekolah tu lagi
kalau kebawah.. aku terpaksa demand..
| Quote: | SMT Kuala Lumpur layak ke Pesta Pantun Kebangsaan
Oleh Khairina Yasin
GALAS CABARAN: Barisan pemantun SMT Kuala Lumpur bersama, Aina Jamaiah (tiga dari kanan) menunjukkan piala yang dimenangi selepas muncul juara Pesta Pantun Peringkat WPKL, di Hulu Klang, semalam.
SEKOLAH Menengah Teknik (SMT) Kuala Lumpur, Cheras membawa cabaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) ke Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah (Pesta Pantun) Peringkat Kebangsaan 2008 selepas muncul juara peringkat negeri, kelmarin.
Pada pertandingan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wangsa Melawati, Hulu Kelang, pasukan yang diwakili Wan Muhammad Idham Wan Mahdi, Muhammad Hariz Mohd Radzi, Salwahiddah Abu Bakar, Nur Edura Abdul Halim, Naufal Hajjaj Noor Hashim dan Irfan Asyraf Muhamad Khusaini berjaya menewaskan SMT Setapak yang juga juara dan naib juara Pesta Pantun pada 2006 dan 2007.
SMT Setapak membariskan pemantun baru, Anis Najihah Abu Samah, Nur Amalina Md Yunus, Nur Asyikin Md Faisal, Hana Zaini dan Abdul Rashid Abd Rahman gagal menyaingi kehebatan pemantun lawan.
Lebih membanggakan pemantun SMT Kuala Lumpur, Wan Muhammad Idham turut dinobat pemantun terbaik pada pertandingan akhir itu.
Wan Muhammad Idham ketika ditemui menyifatkan kemenangan kali pertama itu adalah di luar dugaan kerana sebelum ini pasukannya hanya mampu bertahan pada peringkat zon saja.
"Apatah lagi kami berdepan dengan pasukan yang sememangnya berpengalaman malah pernah meraih gelaran juara dan naib juara peringkat kebangsaan.
"Cabaran itu amat sengit dan kami akui gementar apabila berdepan dengan mereka, namun berkat sokongan guru dan semangat berpasukan akhirnya kemenangan berpihak kepada kami," katanya.
Sementara itu, guru pembimbing SMT Kuala Lumpur, Aina Jamaiah Mohamed@Ariffin, berkata beliau akan memastikan fokus latihan kepada aspek penyampaian dan persembahan, selain pemantun memiliki pengetahuan mendalam mengenai kosa kata. |
best jugak makan mee seringgit
budak sekolah sangat
5 sudu ngap dah abis.. tak puas...
|