Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 18-Jun-2008 02:48
Apa-apa pun naik..
Sekarang den rasa apa yang dirasakan oleh semua orang.. betapa kecilnya nilai ringgit kita! "DEPA" mati-mati kata kadar inflasi kita is low... hhmm teringat dulu masa kursus QA lecturer statisitk kata: Dia ingat kita tak belajar statistik boleh bagi statement kering cam gitu je.. Sapa kata kita tak de inflasi, 10 sen sekarang apa boleh beli?? U compare 10 sen 10 tahun dulu macam mana?? Ha-ah yek.. betul tuuu.. hehehe (actually lecturer tu tgh stress kepentingan belajar statistik). Duit sekarang makin rendah nilai. Kuasa beli kita dah banyak menurun... cehh.. statement ekonomi tuuuuuu

Kalau sekali pegi supermarket, RM50 main-main je habis. Especially kalau budak-budak dah tarik masuk kedai. Ni lagila, sibuk nak mainan Kungfu Panda.. Kalau sorang beli, semua pun kena beli jugak.. alahai anak-anak ku...Den memang jarang pegi McD sebenarnya, sebab mahal!! Diaorang bukannya nak makan sangat, tapi nak mainan.. Tapi bila dah lama tak pergi, and bila budak-budak dah sebut banyak kali, tak sampai hati nak buat derk je bila lalu depan kedai McD.. selalunya memang jalan laju-laju dan buat pekak je bila ada suara-suara kecil nyut-nyit-nyut-nyit nak singgah.. Tapi sekali singgah.. TERBAngggg......

Nak pegi pusing-pusing pun sekali tuang minyak RM20, untuk sekali jalan je la dan area Putrajaya, Bangi - toksah g jejauh. Ni pun dah lama tak balik Besut, dan mak seremban pun selalu datang. Bab-bab menziarahi saudara mara ni pun dah lama den tak buat. Sib baik adik den dok dekat je. Musim cuti sekolah hari tu, terasa sangat, sebab banyak kenduri kawin dan jauh-jauh belaka... Dari Putrajaya, zoom ke Cheras. Besoknya Shah Alam pulak then zasss ke Bangi.. abih tu dah makan kenyang tak kan ler nak salam kosong, iya tak...

Tup-tup, belum hujung bulan poket dah tipis bangat... silap-silap kering Sib baik semalam along pegi Pejabat Pos dapat rebet tu.. legaaaaaaaa Den punya part pulak, tunggu kering siri ke 2 boleh la hulur IC kat Pejabat Pos nanti, kalau buat sekarang gerenti sapu licin semua sekali tu! Hutang tengah banyak ni!

So, macam mana nak menangani kemelesetan nilai ringgit yang melanda sekarang?
1. Kurangkan berjalan - kurang ler belanja.. paling tak parking, tol, MINYAKKkk..
2. Jimat penggunaan air, kurangkan pakai aircond, strika - bajet part ni boleh disalurkan ke part makanan...
4. Nak tanam sayur (tiru kak ana penang!)
5. Kurangkan beli mainan/makanan jajan anak2..
6. Beralih kepada barangan gantian yang lebih murah dan kurangkan minuman bersusu - susu mahal weh..

Macam mana agaknya orang yang berpendapatan rendah, dan tinggal di kota dan berkeluarga besar..? Pasti lebih perit. Lebih teruk kena potong belanja dan berjimat. Setakat den yang suami-isteri bekerja dan anak 3 pun dah terasa....
Actually, kalau fikir-fikirkan balik, kalau potong Astro, Internet, dah jimat dalam RM150 tu.. tapi ni adalah antara kos-kos melepas yang kita sanggup dan tidak... heheheee...
tak mati pun takde astro...

Sanggup ke? Macam tak sanggup la pulak buang astro n buang internet.. so - sendiri mau ingat juga laaaaaa!

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.