Berhenti di salah satu kedai di Nerja utk mencari cenderahati dari Nerja.
Code:
Pemandangan dari atas Balcon de Europa, di mana di sebelahnya adalah deretan bukit yg memukau pemandangannya.
Balcon de Europa terletak di tepi pantai Nerja (Ner-ha) iaitu Playa Calahonda. Balcon de Europa adalah salah satu tempat yg wajib kami lawati kerana ianya terletak di dlm bandar tempat kami menetap. Memang benar apa yg telah dimaklumkan kepada kami sebelum ini, bahawa tempat ini memang indah dan menenangkan. Deretan pokok tamar menuju ke balcony tersebut benar2 membuatkan hatiku tenang dan puas sehingga hilang rasa lenguh2 badan sebab seharian tidak tidur semalam.
Mengikut rancangan kami yg padat, hari kedua di Andalusia, adalah lawatan ke Gibraltar sebenarnya, tetapi tertangguh hingga jam 4 petang barulah kami tiba di sana. Faktor kepenatan (kerana berjln seharian pada hari pertama dan tiba di penginapan lewat malam) dan terpukau dgn keindahan Nerja menyebabkan lawatan ke Gibraltar terganggu sedikit.