Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


posing dulu...
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
posing dulu



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 22-May-2008 04:44
SuNGai PeTaNi...
perjalanan ke sungai petani memang memenatkan aku lebih2 lagi apabila terpaksa memandu seorang diri... alhamdulillah perjalanan menjadi lancar walaupun inilah pengalaman aku yang terpaksa memandu seorang di menuju ke utara... Allah sentiasa membantu hambanya...

aku pergi atas urusan kerja sambilan yang telah aku lakukan sejak tamat zaman persekolahan... bermula dengan perasaan ingin mencuba akhirnya timbul minat dan alhamdulillah ianya berterusan sehingga sekarang...

secara kebetulan abah, mak dan dak adik serta dak qayyum (adik2 aku) berada di kedah sebab menghadiri majlis perkahwinan rakan zaman kecil aku... alhamdulillah kami bertemu semula setelah hampir 20 tahun berpisah kerana masing2 terpaksa mengikut abah yang bertugas ke negeri lain sebab abah kami masing2 bekas tentera.


kat sini aku ada sertakan gambar masa majlis perkahwinan Ju'naidi dan adiknya Ju'azmie'. Selamat pengantin baru sahabat... x sangka korang dah besar yek... dulu masa kecik2 kemain ketot gie teringat zaman kecik2 dulu aku yang berambut panjang (masa tue mak memang x kasi potong rambut... membuatkan aku rimas... masa nie rambut paras pinggang hampir mencecah punggung) biasalah zaman kanak2 kan... asal petang jer pantang nampak pintu terbukak berdesup aku, dak seni dan dak ery kuar sebab nak bermain dengan rakan2. ops... lupa nak cakap kalau nak taw kat kawasan kami hanya aku, kak shima dan kak wati jer kanak2 perempuan yang lain lelaki.... biasa ler bila hanya kami ber3 jer perempuan pasti sudah menjadi kegilaan dak2 lelaki kat sana.. akulah yang paling mendapat perhatian sebab aku lah yang paling comel... wahhh... masuk bakul angkat sendiri aku nie lebih2 lagi aku tidak suka ikat rambut so dah macam pontianak pun ada gak aku nie ... bila terlepas jer mak mesti menjerit panggil aku balik sebab nak ikat rambut dan aku seperti biasa menjadi anak yang baik balik umah dengan muka yg masam... ada ketikanya aku buat2 tak dengar dengan panggilan mak tue yg kadang2 dapatlah 'hadiah' terasa macam nak kembali ke zaman kanak2 plak...

oklah nie ada beberapa gambar sepanjang berada di sana dan sepanjang aku lepak hotel sorang2... (sib baekk kamera ada timing) kira berani gak yek aku nie berani tak berani gak arr... abis sumer lampu aku bukak termasuk ler lampu beranda ngan toilet kompom bil elektrik hotel tue melambung... rugi dapat customer cam aku nie....

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.