Hari nie pergi berkelah di Hutan lipur Lintang dengan keluarga kakyan dan makcik Sayang.. Sampai di sana pukul 10.50 pagi.. Tak laramai sangat orang sebab musim kahwin.. Jadi ramai yang pergi ke kenduri kahwin agaknya..
Seperti biasa Elly memang suka mandi air terjun nie.. W/pun sejuk dia tetap tak mahu naik dan tak mahu berendam.. Elly cuma suka berdiri dalam air tu jer.. Aleesya pulak memang suka berenang dalam air...
Tengah hari hujan turun.. Kanak-2 kecil berteduh dalam khemah.. yang besar2 pulak masih meneruskan aktiviti mandi-manda mereka... Kali nie yang mandi over bapak2 budak.. dan yang last naik pun org yang paling tua...