Apartment ini kami sewa dgn harga £113 utk 4 malam 4 hari. Sementara Hanna dan Izzi menyewa apartment utk 2 org dgn harga £77 utk 4 mlam juga. Aku benar2 berpuashati dgn tempat penginapan kami ini. Terimakasih Kak Safiah kerana mencadangkan tempat penginapan ini....Gracias.
Code:
Pembetulan : Sewa utk 4 mlm bagi size utk 2 org (Hanna/Izzi) ialah £55 sahaja.
Banyak maklumat mengenai tempat2 menarik boleh diperolehi dari apartment ini. Dalam bilik rekreasi disediakan komputer bagi kemudahan penyewa utk mendptkan maklumat secara 'online'. Kami sempat bergambar di hadapan poster2 bandar2 di Andalusia yg kami tidak sempat lawati.
Apa yg menarik mengenai apartment ini ialah ianya dikelilingi oleh restoran2 yg dihias begitu indah. Utk mendptkan barang2 runcit atau bahan utk memasak juga amat mudah iaitu beberapa minit berjln kaki sahaja dari apartment kami.
Kalau diizinkan Allah, aku ingin bercuti sekali lagi di Andalusia dan menetap di apartment ini dan kali ini, aku benar2 bercuti dan bersara dari menjadi 'Project Manager'.