Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah Syukur Kepada Allah s.w.t. selesai sudah majlis akad nikah bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi dengan hubby aku 2x lafaz akad, OK la tu kan normal la...tak de la sampai kena bukak atap masjid ke, kena sapu air jampi ke...

he...he....
Yang paling syahdu sgt2 scene air mata betul dibuatnya masa lafaz macam cari menantu tu la @ tv9 memang air mata aku tak tahan masa ibu & abah lafazkannya sebab nak bertukar mandat kan...
Besar dugaan aku bila dikenangkan masa bertunang alhamdudlillah tak de masalah yg besar langsung, syukur sgt sehingga la nak dekat majlis nikah memang diduga betul pada tanggal 30 January 2007 (Baba) bapa mertua meninggal dunia di Umbai, Melaka. Then pada tanggal 30 May 2007 (lagi 4 hari nak majlis nikah) rumah parents aku masuk perompak. Aku dan famili memang trauma la sampai sekarang ni still ada lagi ambik masa yg lama jgk la nak pulih semangat. Memang ingat la sampai kapan peristiwa ni, kekadang tu malas nak diingatkan tapi kenangan & pengalaman perlu ada jgk. Aku hanya bertawakal dan terima segala kejadian mesti ada musabab dan himkahnya tersendiri. Terlintas la jgk kan angka 30 tak de ong betul la kat aku. Boleh caya ke?!!!???!!! Emmm arrrrr ntah la kan nak caya tak susah tak yah komen biar Allah je yg Maha mengerti.
Syukran...syukran dengan tabah lalui jua apa yg mendatang sehingga hari majlis persandingan. Akhir nya merasa jgk la kan korang semua (famili & friends and also relatives) makan nasi minyak aku yg ditunggu-tunggu. Menu memang set special nye utk semua supaya ingat makan ayam golek special kenduri kahwin aku. Those tak dapat attend rugi....besar betul wa ckp luuuu....
Impian masa sanding dikecapi jgk la nak diiringi oleh flower girls & boys cewahhh... cuma kompang je tak de (depa pemain kompang) accident la pulak kat Seremban semua 9 org terlantar kat wadd Hospital Seremban sian dengar khabar berita tu. So tak de rezeki kat majlis aku apa nak buat macam mana no choice pakai je la CD kompang boo... je la. Tapi aku satisfied betul sebab majlis aku ni byk preparation aku buat sendiri so memang puas hati lain betul kalau kita sendiri yang buat. Appreciation tu memang tinggi la. Tangan kita yg buat mesti puas hati walau mcm mana sekalipun outputnya. Lain FEEL dia beb!
Akhir kata segala peristiwa, pengalaman dan dugaan yang ditempohi membuatkan aku betul2 appreciate perkahwinan ni dan berdoa selalu agar diberkati Allah s.w.t.
Jutaan Terima Kasih tak terhingga kepada kalian kerana sudi bekerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan sehingga selesai majlis perkahwinan aku ni. Pada semua yang sudi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Azzua & Khairil Terima Kasih sekali lagi. Doa & Restu kalian amat aku hargai dalam menjalani kehidupan berumahtangga ini.
Salam & Love Always,
Azzua & Khairil