inilah keadaan di dalam bazaar di jalan masjid india
tempat dimana mereka ingin membeli sesuatu kerana mereka mampu
pun pernahkah kita terfikirkan tentang mereka yang lain??
pada mereka yang masih mencari rezeki yang halal
masih suci di sisi Yang Esa
namun pernahkan kita merenung jauh dlam hidup mereka
atau hanya menjeling dan tersenyum sinis?
mereka juga mencari rezeki
si tukang kasut ..
duduk menunggu pada setiap saban hari
jika ada yang perlukannya dia senyum
namun jika tiada
dia akan termenung..
pun itula rezekinya
pada alas kaki manusia di kota
si penjual berbaju belang ini
seringkali kelihatan berjalan ke sana ke marimencari rezeki yang tidak seberapa
namun kewujudannya menarik perhatian si kecil
itulah keajaibannya
orang asing ini wujud untuk mencipta
senyuman manis kepada si kecil
ini pula perihal seorang ibu
hanya kerana kasih sayang
hanya kerana dirimu anakku
hanya kerana diriku menyayangimu..anakku memayungi anaknya dari hujan
biarpun dirinya kebasahan
nilai kasih sayang yang tidak akan ditukar ganti