Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Dalam bas, sblm memulakan perjalanan
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Dalam bas sblm memulakan



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 11-Jun-2008 09:46
Madinah Al Munawwarah-Part 3
Semoga hati kita terpaut dan terpanggil utk menjadi Tetamu Allah.. Amin...


Di hadapan Masjid Quba, masjid ke-4 termasyhur dalam Islam, selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Quote:
Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah.

Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..

Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.

Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.

Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)
Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.





Di sekitar kawasan pergunungan Uhud. Di sinilah berlakunya Peperangan Uhud pada tahun ke-3 Hijriah, yang telah menyaksikan 70 orang tentara muslim gugur dalam jihad itu. (Baca peristiwa itu dalam QS Ali Imran: 152-158).


Quote:
Perang Uhud
Berlaku pada tahun ke-3 Hijriah di antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Pihak Quraisy keluar dari Mekah dengan 3000 orang tentera manakala pihak Muslim pula keluar dari Madinan di bawah seliaan Nabi Muhammad S.A.W seramai 1000 orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdullah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama 300 orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.

Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.

Pertempuran bermula dan menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan kubu pertahanan mereka untuk bersama-sama memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama (di pihak musyrik) tentera berkudanya mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.

Serangan tersebut memecah belahkan tentera Muslin dan melemahkan pertahanan mereka. Kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Ubai bin Khalaf mengambil kesempatan untuk membunuh baginda Rasulullah, namun baginda mengambil lembing dan terus menikam Ubai sehingga mati.

Baginda Rasulullah turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung di dalamnya. Ini menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, luka di pipinya, gigi patah dan baginda turut pitam di dalam lubang itu. Kemudian muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya mengalami cedera parah.

Lebih 70 orang tentera Muslim syahid manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dada Hamzah telah dirobek dan hatinya telah dikunyah oleh Hindun, isteri Abu Sufyan. Baginda Rasulullah telah memerintahkan agar mereka yag syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.



Perkuburan syuhada di Jabal Uhud..Di belakang pagar tu dapat dilihat maqam Saidina Hamzah yang syahid pada Perang Uhud.


Borong kurma, kacang2, coklat dll kat pasar kurma. Kat sini, kita blh cuba dan rasa kurma2 ni sampai kenyang.. halal..halal..halal


Semasa mendaki ke Gua Uhud (lubang yg gelap tuh). Dah terlupa, apa peristiwa menarik yg berlaku kat sini. Nanti rujuk kat ustaz balik


Sampai jugak kami kat Gua Uhud ni. Nampak rendah, tapi sbnrnya berpeluh2 jugak nk sampai kat sini. Di sekitar gua ni, penuh dgn tahi2 kibas.. bersepah2. Pulak tu, masa kami pegi tu, keadaan berangin.. apalagi.. menusup ke idung bau tahi kibas nih. Tapi yang ajaibnya, bila berada dlm Gua Uhud ni langsung x depun bau tuh. Punyalah wangi bau dlm Gua Uhud ni, baunya sama dgn bauan di karpet di Raudhah tuh. Menurut pak ustaz, bau wangian dalam gua ni adalah semula jadi. Xde sesapa pun yg sapukan minyak attar kat batu2 tuh.. Kuasa Allah kan


Permandangan di Masjid Nabawi selepas subuh. Subuh terakhir kami di Masjid Nabawi


Kubah hijau di Masjid Nabawi.

Masa ziarah di Madinah ni, kitorang ziarah jugak ke masjid Tujuh, Masjid Qiblatain (tempat Nabi dapat wahyu Allah yang memerintahkan baginda mengubah kiblat drpd Masjid Al Aqsa ke Masjidil Haram), kawasan lapangan magnet dan sekitar bandar Madinah. Tapi yg x sempat nk snap gambor, kalo ade pun gambornya blur.. so xyah la tepek ye.

Lagi satu.. teringin nk paparkan gambar di dalam Masjid Nabawi, tapi nak buat camner, dlm masjid tu mmg xdibenarkan bawak camera

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.