kerana sesuap nasi..kami mencari kerja sehingga ke dalam tanah...
air lembah kota di dalam kasutku
keharmonian sesama insan ... kemasyarakatan terpamer
angkara minyak naik..public transport makin dipenuhi
selagi kudratku ada..kan ku gagahi guni ini demi masa depan anak-anakku
disebalik kekukuhan bumi kota ini
kita kadangkala tidak terfikirkan akan dasarnya
bagaimana terciptanya ia
kadangkala kita terlalu mengejar sesuatu yang besar
sehingga terlupa mende yang besar dulunya kecil
ambillah masa ini
pejamkan mata
tadahkan tangan
dan bersyukur ke hadrat Illahi
kerana anugerah-Nya