Bahan
1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar
300 gm udang, direbus bersama ikan - selepas rebus, buang kulit dan kisar bersama ikan
1 bungkus laksa kering, [direbus sehingga lembut dan toskan]
8 keping asam gelugur
2 kuntum bunga kantan [belah 4]
5 tangkai daun kesum
air rebusan ikan dan udang
Garam secukup rasa
3 batang serai [ketuk pecah2]
2 inci lengkuas - diketuk pecah
Bahan A (Dikisar halus):
1 tbsp cili giling
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan (Dihiris halus):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
2 tangkai daun salad
2 biji cili merah
sedikit taugeh
2 biji buah tomato - sekiranya suka
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
Cara membuat kuah:
1. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, daun kesum, dan bunga kantan.
2. Masukkan bahan yang dikisar.
3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.
4. Renihkan sehingga pekat.
Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yg dihiris serta limau kesturi.