| Saturday, 3-May-2008 12:00 |
|
|
|
Day 4 - Our last day in Terengganu
Hari ni kami dah kena check-out hotel. Pagi tu masa nurin and babah masih melayan mimpi indah, ibu bersiap packing barang. Maklumlah, barang-barang yang kami shopping pun dah sebemban. Bukan apa, kalu si kenit tu ada, sibuk dia nak ‘tolong ‘ sama. Kita masukkan baju dalam beg, dia keluarkan pulak.. Kita nak tutup beg, dia suruh bukak. Kadang-kadang tu, dia buang tabiat nak dok dalam beg, sambil sengih-sengih tak mau keluar..
Kami keluar sarapan pagi terus angkut barang masuk kereta. Babah pekena roti canai, ibu dgn nurin makan mee goreng ( nurin ni suka sgt makan mee tau. Bihun, spaghetti,…semualah yang seangkatan dengannya. Bukan tau pedas budak tu, semua dia bedal jerk ). Pastu kami singgah sat, kat Pasar Payang hehee.. ada jer barang yang ibu nak beli. Tak cukup-cukup lagi .. Tengahari kami berhenti kat Kedai Keropok Lekor 007. Nasib baik jumpa, kekawan ibu kat opis tulah sibuk sangat suruh cari… Heran jugak mula-mula dengar nama ni, lepas tu barulah tau rupanya semua kedai keropok lekor kat sini bernombor! Ada 004, 009…
Ermm dek kerana cuaca yang agak panas jugak haritu, ibu ajak babah pergi Hutan Lipur Sekayu, saja nak basah-basah and sejuk-sejuk kan badan… Kami berendam anak beranak sampai kecut-mecut tangan si nurin tu. Sukalah tempat tu, cantik! Tapi airnya deras, bahaya kalu mandi time hujan…Ada pondok istirehat, surau, tandas awam pun banyak. Petang, on the way ke airport kami singgah makan dan minum air buah . Lapolah pulak perut masa tu.. Flight kami pukul 9mlm, so sementara nak tunggu tu, penatlah ibu dan babah main kejar-kejar dengan nurin..
* Selamat tinggal Terengganu. Panjang umur, kita datang lagi!
|