Salah seorang sahabat baikku iaitu Sufi kini sedang bercinta dengan seorang lelaki Perlis. Cinta mereka berdua bukan lagi rahsia buatku.Cuma safra sahaja yang kurang mengenali pasangan Sufi tersebut.Apapun aku gembira kerana kekasih Sufi kali ini boleh menerima aku dan aku berasakan seperti sudah lama mengenalinya.Pun begitu, Sufi masih merahsiakan nama sebenar kekasihnya itu dah lebih senang membahasakan dia sebagai Ray.Ray seorang yang peramah dan mudah dibawa berbicara. Walaupun lebih muda daripada aku tapi jurang itu langsung tidak aku rasakan.Paling aku gembira ialah bagaimana dia begitu mengambil berat Sufi.Aku harapkan hubungan mereka akan segera dimetrai dengan ikatan suci perkahwinan.Pun begitu aku kembali pening bila mengenangkan sekali lagi Perlis menjadi destinasi kenduri mereka.Huhu.benar kata orang semakin kita lari semakin dekat ia kepada kita.Pada malam ini sufi dan ray telah membelanja kami makan di kedai makan chot squat di Teluk Air Tawar.Turut diheret bersama ialah Safra.Pada majlis ni kami paksa saf pulak citer pasai kisah cintan dia.hahahah...lani tinggai aku jer masih belum berteman.jeng jeng...