Rumah #02 Penghuni: Firdaus (22), Fatahiyah (24-ibu tunggal tak bekerja), Shafik (20), Shafikah (17), Najwa (15), Kafidah (12), Noradilah (10) & Farah (3 tahun, anak Fatahiyah).
Lokasi: Karangan
Rumah berdindingkan bata tanpa simen mahupun cat ini didiami oleh 7 beradik yatim piatu dan seorang anak kecil. Dalam tempoh tak sampai pun 12 bulan sebelum kunjungan WK, kedua-dua ayah dan bonda mereka telah pergi menemui Ilahi.
Tanggungan keluarga ini ditanggung oleh adik Firdaus, 22 tahun. Pada usia sebegini muda sudah berat sekali tanggungjawab yang perlu dipikulnya sedangkan pendapatan bulanan tidaklah seberapa sangat.
Menurut sumber, Farah, 3 tahun, disahkan mengalami masalah jantung. Dengan pendapatan mereka sekeluarga yang tak seberapa, apakan daya mereka mahu menanggung perbelanjaan perubatan ataupun kos pembedahan (andainya perlu dilakukan).