| Quote: |
Subsidi dibayar tunai kepada pemilik kenderaan
PUTRAJAYA 4 Jun – Kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api yang diumumkan hari ini.
Walaupun pemilik kenderaan kini terpaksa membayar harga petrol dan diesel yang lebih tinggi sehingga 40 peratus berbanding harga sebelum ini, tetapi mereka akan mendapat rebat tunai daripada kerajaan sebaik sahaja memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberitahu Utusan Malaysia di sini, sungguhpun harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 namun hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai berjumlah RM625 setahun.
“Pemilik kenderaan sebenarnya masih menikmati subsidi petrol yang kita pulangkan semula dalam bentuk bayaran tunai,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan struktur baru subsidi bahan api hari ini berkata, bayaran tunai akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan RM1 bagi diesel.
Bayaran sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2,500cc.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.
Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.
Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
Bayaran tunai itu, menurut Perdana Menteri, akan diberikan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.
Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc.
Selain itu, kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.
|
Harga terbaru berkuatkuasa 5 Jun 2008: Petrol RM2.70 seliter, Diesel RM2.58 seliter
Salam untuk semua,
Minggu lepas kita dikejutkan dengan peningkatan harga petrol dan diesel. Itulah antara realiti yang kita kena hadapi. Kalau sentuh bab lain apatah lagi bab politik takut aku dikenakan tahanan ISA pulak. Antara beberapa cadangan dan saranan aku kepada kerajaan adalah seperti berikut:-
| Quote: |
a. tambatkanlah RM kita kepada RM3.60/1.00USD.
b. naikkanlah cukai rokok yang membawa pelbagai penyakit.
c. naikkanlah cukai arak.
d. perlahankan pembinaan projek raksasa.
e. KIV dahulu projek mega yang akan dirancang/ belum dilaksanakan.
f. kakitangan awam dari semenanjung difikirkan di tempat ke semenanjung semula untuk 'cut-off- elaun seberang dan sebagainya.
g. rombak semula projek-projek kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat.
h. kenderaan yang mempunyai no. flat negara asing perlu membeli petrol pada harga bukan subsidi (kalau boleh mengikut harga negaranya) bagi menggalakkan penggunaan kenderaan yang didaftarkan di Malaysia.
i. jamuan selepas mesyuarat melibatkan penjawat awam diberi jamuan yang ringkas atau tidak lagi jamuan atau bukan jamuan melibatkan kos yang tinggi
j. kerajaan mengubah pemberian subsidi setahun sekali melalui pembaharuan roadtax kepada pemberian subsidi kepada yang benar layak melalui pendapatan perseorangan yang boleh dikesan melalui potongan KWSP/ atau Borang J. mereka yang layak dan mempunyai pendapatan RM3,000 dan ke bawah berhak dapat subsidi yang boleh dikesan di stesen minyak sendiri menggunakan kad pengenalan. Alat/sistem untuk 'trace' pendapatan setiap orang yang bekerja melalui kad pengenalan boleh diwujudkan.
k. pelajar-pelajar IPTA/IPTS atau individu yang tidak mempunyai pendapatan layak sepenuhnya subsidi ini tetapi dikecualikan kepada pelajar asing.
l. bukan warganegara MALAYSIA tidak layak sama sekali untuk menerima subsidi petrol/diesel ini dan mereka perlu membayar pada harga bukan subsidi atau harga pasaran seperti di negara mereka.
m. syarikat gergasi/multinasional tidak berhak mendapat subsidi ini.
n. IKS/syarikat kecil berskala pendapatan bersih di bawah RM1 juta setahun layak menerima subsidi ini.
o. projek perintis untuk ANGKASAWAN ke 2 negara ditangguhkan.
p. hasrat pembelian kapsul ANGKASAWAN pertama perlu ditangguhkan/dibatalkan.
q. penghapusan cukai jalan untuk semua kenderaan yang di bawah 2,000cc dan motosikal di bawah 250cc.
r. menurunkan harga tol kini kepada 50% atau dihapuskan bayaran tol.
s. bagi mengelakkan rizab petroleum negara yang dijangka kehabisan menjelang tahun 2024, kerajaan perlu mengurangkan eksport ke luar negara/ tidak mengeksport sebaliknya menjual kepada rakyat Malaysia.
t. merancakkan R&D negara bagi mencari alternatif lain selain penggunaan petrol.
u. memberi subsidi/diskaun pembelian alat NGV kepada rakyat yang mempunyai kenderaan di bawah 2,000cc sahaja.
v. merancakkan stesen minyak mewujudkan stesen NGV masing-masing di seluruh negeri dengan mengekalkan harga semasa NGV.
w. mengekalkan harga barangan keperluan termasuk harga kawalan.
x. memberikan insentif tambahan kepada pengusaha bot kecik-kecilan terutama di luar bandar.
y. melicinkan perkhidmatan pengangutan awam dan mewujudkan jaringan hub pengangkutan yang licin, cekap inter-setiap negeri selain bas dengan tambang yang lebih kompetitif daripada penggunaan kenderaan sendirian.
z. menurunkan kadar interest pinjaman pembelian kenderaan nasional di bawah 2,000cc kepada lebih 50% daripada sekarang.
a.a. menggalakkan semua jabatan kerajaan mengurangkan penggunaan kertas, elektrik dan air bagi mengelakkan pembaziran. Penggunaan surat pekeliling antara jabatan kerajaan melalui internet digalakkan.
a.b. menaikkan kadar pelepasan cukai untuk anak-anak di bawah 18 tahun, pelepasan individu, isteri, dan anak kurang upaya.
a.c. menaikkan rebat cukai suami/isteri sekarang.
a.d. bagi menggalakkan rakyat membeli insurans nyawa, pengecualian pelepasan daripada terhad RM3,000 kepada RM5,000
a.e. menggalakkan dan merancakkan sektor pertanian terutama kepada penanaman padi dengan pemberian insentif kepada petani.
a.f. memberikan subsidi minyak dan bantuan pinjaman dengan kadar interest yang rendah kepada pengusaha padi, nelayan dan penternak ikan.
a.g. tanah yang terbiar diusahakan dengan rancak penternakan lembu/ayam/penanaman yang sesuai mengikut jenis tanah. tanah individu yang terbiar dan tidak diusahakan dikenakan kompaun yang tinggi.
a.h. tanah yang dikategorikan sebagai pertanian tidak dibenarkan sama sekali diubah kepada kediaman dan sebagainya.
a.i. garis kemiskinan rakyat dinaikkan.
a.j. bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ibu tunggal, dan OKU dinaikkan.
a.k. menaikkan elaun / mewujudkan elaun minyak bagi kakitangan yang berskala gaji di bawah RM3,000
a.l. menurunkan interest/ memudahkan pinjaman pembelian motosikal kepada rakyat.
|
Notebook terkini aku jenama TWINHEAD. Lihat di sini info lengkap
http://www.twinhead.com.my/product_detail.asp?productid=247&type=1
| Quote: |
Twinhead abecH12Y
Intel® Core Duo Processor T2400 (1.83Ghz)
Intel® 945 GM Chipset
Genuine Windows Vista® Home Premium (optional)
4 in 1 MS/MS Pro/MMC/SD Card Reader
1GB DDR2, 120GB SATA HDD
1.75kg (w/Supermulti DVDRW)
12.1” Widescreen Bright Clear (1268 x 800)
Integrated Bluetooth
USB 2.0 x3/ Firewire IEEE1394 Port/ VGA Out Port
|
Aku tidak pasti sama ada cadangan ini boleh diterima atau tidak. Aku ada jugak mengikuti perkembangan dan idea yang disampaikan oleh Tn. Dr. Mahathir bin Mohamed melalui blog beliau di
www.chedet.com.
Wajah terkini aku... amacam?
Apa-apa pun... hidup kita kena survival dan diteruskan demi sesuap nasi untuk menyara kehidupan. Cuma aku kadang-kadang terfikir... adakah harga petrol akan melonjak ke RM4.00 seliter nanti? Kita tunggu dan lihat!
http://www.idd.host.sk
017-6141292