Berbeza sungguh sambutan hari ibu tahun ni..rasa syahdu je..tak tau la kenapa...mungkin umur semakin matang dan dapat merasai sendiri perasaan menjadi seorang ibu...
Seawal 7 pagi sunet dah telefon mak di kampung untuk mengucapkan selamat hari ibu...tetapi tetap menjadi orang yang kedua yang wish pada mak tahun ni..(selepas kakak)...bergetar suara sunet melafazkan 'terima kasih menjadi ibu yang baik kepada adik...' dan bergetar juga mak menjawab ' terima kasih....dan semoga adik pun menjadi ibu yang baik'...dan dialog selepas itu diteruskan dengan lawak- lawak bodoh sahaja supaya tidak banyak lagi air mata yang berderai....
Dahla malam sebelum tu sunet menangis bukan lagi teresak- esak tapi meraung- raung tengok cekerama 'demi masa'...walaupun tak de ending anak derhaka jadi batu atau kena telan bumi...tapi penyesalan seorang anak seumur hidupnya yang tidak dapat memohon maaf kepada ibunya sudah cukup memberi pengajaran kepada kita supaya sentiasa menghargai jasa seorang ibu walaupun seburuk manapun dia...uwwaaaa..masih sedih bila teringat syair arab yang jadi muzik latar drama tu...
Selamat hari ibu...semoga syurga sahaja balasan yang selayaknya untukmu...teristimewa untuk Puan Salabiah bt Khusran dan Hajah Alijah bt Ahmad...
Begitu gembira wajah anak disamping ibu tersayang....