Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 4-Jun-2008 10:50
Kompilasi breakfast omputeh
Kat sini tak reti jugak nak cakap breakfast ker apa...biasanya rutin orang arab sendiri rasanya memang tkder breakfeast..diorang ada brunch jer kot..kalau tk caya tengok ler pejabat2 kerajaan kat sini..pejabat buka pukul 9.00 , jam 11pagi, ada lagi dok mengucai syai (tea )..baru buka (koyak) roti eisyh (pitta), dengan tomiah dng phool..polis trafic menyempat lagi buka meja tepi jalan sambil kunyah roti...Bila tanya ," baru nak makan pagi ni", walhal jam terpajak 12 tengahari dah.. time nie mmg berebut2 pakat keluar ke kedai tokmiah..tk kira ler..bawah pokok, gerai tepi jalan..janji ada phool... lawakkan, jadi mana brekfast mana lunch pun tk reti dah..jam 3 ptg semua bereh , kalut pegang beg / kasut nk balik..kalau lambat seminit jer, nasib ler ada jer yg bunyi "bukroh2 , ghaiy thani " (esok mai lain,) banyak ler ko punyai mai...

Last sekali esok2 dah jadi seminggu, puncanya sebab dok asyik kunyah eisyh ngan kucai shai (tea) jer...tension aku..pastu bila ler nak selesai nie...patut ler ada tunggu slpas subuh lagi...tp subuh tu awai betoi ooiii.
Zuruf ( sausana persekitaran) di sini, pas subuh titun balik...pastu mula ler terkejar2 , merempit2 atas jalan, time pejabat kul jam 9.00....dengan penumpang2 sekali tekan break..relex beb ...ada juga sepanjang malam tk tidur... panassss..siang hari kaber habisan...pastu kija bila nk siap Ya Ustazzzz...!!..Grrrrr...(sorry yerk nk lepas geram jugak, mcm orng lain naik minyak , sbb minyak naik )






"ENGLISH MUFFINS "..resepi dari blog kak Maisya, dari Mamafami, oleh Alex Goh..nak habiskan suji yg berbaki skit lagi tu..memula mcm tk caya jadi ker tk nie...tp bila dh try ha'aa..ooo...ermm , best, lembut dan sedap..sorang makan 2 ketul..buat inti scrumble egg, ngan tuna nasi kerabu tu ler... , muffin nie bakar atas pan jer..

Code:
MUFFIN INGGERIS
Sumber : Mr Alex Goh

Bahan-bahan :

(A)
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
300 g tepung roti
15 g susu tepung

(B)
180 ml air suam

(C)
1/2 sudu besar mentega

(D)
Semolina untuk menyalut

Kaedah penyediaan :

1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun. Hidupkan mixer.
2. Tuangkan air ke dalam tepung, sedikit demi sedikit hingga tepung bersatu.
3. Masukkan mentega dan uli hingga lembut dan licin. Tambahkan sedikit air lagi jika dirasakan perlu.
4. Masukkan doh tadi di dalam mangkuk dan balutkan dengan beg plastik yang bersih. Biarkan doh naik sekali ganda.
5. Bahagikan doh kepada 8 dan bentukkan menjadi bebola kecil.
6. Salutkan dengan semolina dan susun di atas dulang yang telah ditaburkan sedikit tepung.
7. Biarkan naik selama 20 minit dan bakar di atas kuali kalis lekat dengan api sederhana selama 7 minit. Balikkan dan masak lagi selama 6 minit. Sejukkan di atas redai dan sedia dihidangkan





Yang nie dh lama terperap.. dah ikut thema....jalan jerlahh...beberapa hari selepas buat cream puff hari tu, kakak asyik dok sebut nak suruh mama buatkan lagi..tp tahap kemalasan melanda , nk buat inti puff ..so, buat jerlah"FRENCH CRULLER"..methot dia sama jer dengan cream puff..tp yg nie versi manis skit pastry dia..tk pernah makan dan tengok pun..tp menurut Kak Maisya ..donut nie lembut dan kembang selepas di goreng ,cumanya agak oilylahh...setengah adunan lg dibakar..dah mcm cream puff ler plak..belasah jerlahh..tk letak apa2 pun makan gitu jer , sbb dah manis..malas pun yerk so, menjadi ler kot.

Code:
French Crullers, sumber skyblue

Bahan-bahan ( 12 biji )

* 1/4 cawan gula halus
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/4 cawan shortening
* 1 cawan air
* 1 cawan tepung gandum yg telah diayak (115gm)
* 3 biji telur
* 1 sudu kecil vanilla esen
* Minyak untuk mengoreng

* Frosting: gula, chocolate, cinnamon... ikut citarasa.

Cara-cara

1. Panaskan air dalam periuk kecil, masukkan gula, garam dan shortening.

2. Bila air dah masak, masukkan tepung dan kacau sehingga tepung dah masak dan jadi doh.

3. Angkat periuk dari dapur, kalau terlalu panas biar sejuk untuk 5 minit.

4. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehingga sebati.

5. Masukkan doh ke dalam piping bag. Guna tube bintang (nozzle), pipe kan doh (buat bentuk bulat) ke atas potato masher yg dilapis dgn aluminium foil.

6. Panaskan minyak. Masukkan donut ke dalam minyak dgn potato masher sekali. Goyangkan potato masher, donut akan terapung dan goreng sampai perang.

7. Bubuh icing atau chocolate megikut rasa. Dihidangkan panas-panas.






Scone nie saja2 nk try...tk silap dr fp Kak Nor..best juga senang jer..

Code:
Resepi ini noor
ambil dari majalah Rapi keluaran 15 mei .

Plain Scones

Bahan bahan:

2 cawan tepung biasa ( atau tepung all purpose )
½ sudu the soda bikarbonat
1 sudu the krim tartar
¼ cawan mentega atau majerin
2 sudu besar susu
2 sudu besar air
secubit garam

Cara Penyediaannya
1.Masukan garam, soda bikarbonat dan krim tartar ke dalam tepung. Gaul sebati. Tambahkan mentega atau majerin.

2.Perlahan lahan masukan susu dan air. Gaul sebati sehingga doh menjadi lembut.

3.Canai doh di atas alas yang telah di tabur sedikit tepung. Bentukkan scones mengikut citarasa anda.

4.Letakkan scones di atas dulang pembakar yang telah di lenserkan dengan sedikit mentega.

5.Bakar pada kepanasan 230 darjah Celsius lebih kurang 10 minit.

**..Cutter Bulat tu mama pinjam kanta mainan sofwat..wakakakaka (nie ayat untuk kenangan peribadi **






Bila tahap malas gaban melanda, kueh nielah paling best....tp klu nk tau kueh jenis kena menepek kt pan nielah yg paling malas gue nk buat...nak habiskan satu adunan mangkuk tu seksa yg amat..nasib baik ada gaban .., resepi dari blackmore..tuan asal Makcik seksi Nigella, pancake nielah yg paling sedap..cukup pakej mcm tuan asal dia kot ...

** Resipi nanti dulu yerk**

Code:
PANCAKES
Source: Nigella/ Blackmore (FNR)

Bahan-bahannya
100 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh gula
1 biji telur
125 ml susu segar
1 sudu besar mentega cair yang telah disejukkan

Cara-caranya
1. Tepung gandum, baking powder dan gula disatukan. Masukkan telur dan susu segar dan kacau adunan sehingga sebati dan rata.
2. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau rata.
3. Panaskan kuali non-stick, sapukan sedikit mentega dan sendukkan adunan diatas kuali dan masak macam kita membuat pancake seperti biasa.
4. Angkat dan hidangkan.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.