North Wales:Antara Bangor, Llfair PG dan Snowdonia
Tarikh:27 Mei 2008
Catatan:Destinasi yang tidak diminati oleh kanak2 riang....pening kepala,sakit perut.nak muntah dan segala bagai,mak ayah aje yang syok sendiri.
Walaupun hidup berjiran tanpa terpisah tanah sempadan,sebutan Welsh dan English cukup berbeza umpama bahasa Melayu dengan bahasa Jawa. Kenapa ye?
Bergambar di hadapan bangunan tourist information/gift shop di pekan Llfair PG (nama pendek dia).
Pekan ini punya nama paling panjang di UK...setakat lidah Melayu nak sebut,lupakanlah
Cabaran di buka kepada sesiapa yang boleh menyebut nama pekan ini seperti tertera di anjung atap kedai ini.So.. di bawah itu makna dia le tu
Gara-gara nak bergambar dengan lencana besar ni,ayah parking main sedap dia aje.So..Dr. Alinor,(kawan baik ayah sematrik,seuniversiti dan kini jiran kami di Bangi) tengok gambar ni ada nostalgia tak?
Tanpa berkeretapi bersama Llanberis Lake Railway
mahupun mencuba Snowdon Mountain Railway
Ini adalah percubaan sulung kami secara perseorangan menawan Snowdonia
Sudahnya sesat bangat...ntah driver yang pening atau pakcik tom2 yang keliru Tapi ok jugaklah..view cantik