Tarikh:26 Mei 2008/Isnin/Cuti sekolah
Lokasi: Pantai Llandudno...berkelah seadanya.
Hehehe..tergeliat tak lidah nak sebut....llan (bermaksud church/parish)
Angin pantai ni terlalu kuat dan sejuk....
Jika letak nasi dalam pinggan sure terbang nasi2 tu...
Muka masing2 terutama Muadz..macam dah jadi anak orang Eskimo pulak..
kesan tamparan hebat dari angin laut le tu...
Budak2 ni bukan nak makan sangat...sibuk main batu2,
Ketuk2 apa yang patut..
Maklum ini first time jumpa pantai yang real punya stlh setahun lebih tak jumpa laut.
Ada persembahan boneka...anak2 seronok mak ayah tumpang dua tiga kaki
Lokasi ala2 funfair ni adalah jeti yang terus ke laut..
Kalau nak main semua boleh jadi bangkrap si ayah..malas nak layan
Deretan rumah rehat/hotel di pesisir pantai ...
selepas ni kami terus ke Holyhead Travelodge
Letih..