Jam 9.30 pagi - Pihak penyiasat bomba sedang menyiasat punca dan anggaran kerugian dalam kebakaran.
Pihak Ntv7 dijangka akan membuat liputan berkenaan kebakaran ini.
Gambar lain sila lihat di bawah.
Nota: Kebakaran kali ini merupakan kali yang pertama berlaku di hadapan mata dan menimpa saudara saya. Moga mereka tabah menghadapi ujian daripada Allah.
Kenangan yang lucu: Saya memarahi operator 999 disebabkan terlalu banyak bertanya. Apa-apa pun semuanya telah selamat dan tiada nyawa terkorban.