23 Mei 2008 - Menghadiri majlis persandingan ex-office mate di Felcra Nasaruddin, Bota Perak. Perjalanan bermula pada pukul 9.00 pagi dan kami tiba lebih kurang pukul 1.00 tengahari. sesampai jer terus makan. Tak tunggu pun majlis persandingan since dah lebih pukul 2 pon, pengantin baru nak mekap. Memandangkan perjalanan kami masih panjang, kami meminta diri dulu. Singgah di UTP, Tronoh untuk solat dan perjalanan ke destinasi berikutnya, Cameron Highland diteruskan.
Sampai di kawasan Cameron lebih kurang pukul 5.00 petang. Aktiviti shopping jer. Kami meninggalkan Cameron pada pukul 7.30 malam. Berenti makan malam di Tapah dan kami tiba di KL lebih kurang pukul 12.00 malam. Terasa penatnye...