Penjejakan minggu ini hingga ke Sabak Bernam, Sg. Air Tawar bagi menghadiri kenduri kawin Dr. Gigi Liza. Hanya aku dan Ateh sahaja wakil kendurisme daerah klang kerana 2org ahli sudah lama menyingkirkan diri dari club ini atas beberapa alasan yg masuk dek akal. Biasa lar... di sini lar jejak2 kasihan bersama2 x-schoolmate yg hadir. Dan soalan yg sering dilontarkan, ko bila lagi... ko bila lagi... Senang jek jwb... tunggu ko beranak ke-3 (bg yg dah ade anak 2), tunggu ko beranak ke-2 (bg yg dah ade anak 1). Haha!
Ok lar... bukan setakat jejak kawan jek! Aku juga menjejak sekolah. Sekolah yg kutinggalkan setelah berakhirnya form3. Dalam perjalanan pulang, aku mengajak Ateh menjejak sekolah lama ku di Sg. Besar. Banyak perubahan di sekitar Sg. Besar, menyebabkan aku dan Ateh tersesat dan tersasar 2x salah lorong. Sekolah itu terletak jauh ke dalam dari jalan besar. Kalo menapak lebih kurang 30 minit lar jugak yg sering ku tempuhi setelah pulang cuti sekolah. Terdapat beberapa bangunan seperti dewan dan asrama sudah terbina yg di kala zaman ku tiada lagi. Di situlah aku mengenal pacat, lintah, lintah bulan, ulat bulu, ulat gonggok, kumbang bertanduk, perh... segala mcm binatang ada lar (tak payah pegi zoo dah)... termasuk lar pernah kene sengat tebuan! Ular masuk locker pun ada. Riuh satu hostel...haha! Maklum lar... kawasan sekolah bersebelahan tepi pantai sabak dan kawasan tanaman padi & kelapa.
Akhirnya kami mengambil kesempatan menjejak pula Bukit Melawati tpt bersejarah. Asyik lalu jek ulang alik, tak pernah pun betul2 singgah tengok apa yg bersejarah kat situ. Rupa2nya Ateh pun sama tak pernah singgah disitu. haha.... jom tgk snapshot yg kami ambil... layanzzz...