Sudah lama rasanya Liza tak membuat kuih pau. Kalau dulu, memang rajin sangat sampai berlebih-lebih. Tapi, resipi kuih pau yang liza buat dulu tak berapa lembut dan gebu. Puas liza cuba untuk dapatkan tekstur pau yang betul-betul lembut dan gebu. Bukannya sebelum ini tak sedap, tapi Liza tak puas hati dengan kegebuan kulit pau ni hinggalah liza dapat resepi ni dari FP MaDiha. Alhamdullilah... memang menjadi. Petang semalam liza buat satu adunan. Habis licin! Pagi ni, liza buat lagi sebab inti yang liza buat semalam ada lagi. Memang puaslah makan pau!
Inilah resepinya yang liza dapat dari FP MaDiha
Bahan-bahan:
500 gm Tepung Gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
2 sudu makan shortening
200 ml air suam (pasal liza guna sukatan air MaDiha yang 250 ml tu... buat doh liza sangat lembik! Sorry ya MaDiha... Liza kurangkan air sukatannya)
Cara membuatnya:
-Gaul semua bahan kecuali air suam sehingga rata.
-Selepas itu, tuangkan sedikit demi sedikit air suam ke dalam adunan tepung dan uli hingga doh licin dan tidak melekat di tangan.
-Setelah itu, biarkan doh rehat selama 20 minit dan mengembang dua kali ganda.
-Kemudian, tumbuk sekali pada doh dan kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan intikan. Kemudian kemaskan dan letakkan di bawahnya dengan potongan daun pisan atau kertas kalis minyak.
-Kemudian, biarkan adunan rehat sekali lagi dalam 15 minit.
-Akhir sekali, kukus selama 10 minit hingga benar-benar masak.
Quote:
MaDiha - Ye ke? Takpe la... liza dah edit semula... terima kasih sebab perasan sukatan tu.... Terima kasih sekali lagi, sebab dah beli majalah SEDAP tu... yang penting... yang baca tu, puas hati. Terima kasih sekali lagi... kalau senang... lawat la laman interaksi majalah Sedap, http://majalahsedap.blogspot.com