Sejak KMO bermula, saya sudah terbayang-bayang apakah subjek yang akan dicerna oleh sensor kamera saya. Apa yang pasti, saya akan menggunakan DSLR saya untuk merakamkan imej-imej yang melakukan pergerakkan yang pantas. Senang kata, saya akan buat 'sport photography' sepanjang KMO ini.
Pada mulanya, saya cuma memilih sudut tertentu dan mengambil gambar menggunakan kitlens saya sahaja (18-135mm). Saya sudah menjangkakan outputnya. Ini kerana lens saya itu mempunyai bukaan apperturenya maksimumnya 3.5 dan keadaan kelam di dewan senaman semasa pertandingan tinju.
Hasilnya agak mengecewakan kerana, walaupun saya menggunakan kaedah 'drive' menekan butang 'shutter' tanpa henti, saya masih gagal untuk 'memegunkan' aksi menarik semasa pertandingan sedang berjalan.
Atas kekecewaan itu, saya mula melayari laman web yang ada berkaiatn tentang fotografi sukan. Akhirnya saya dapat simpulkan beberapa perkara dalam fotografi sukan.
1. Peralatan. Sesungguhnya, fotografi sukan memerlukan peralatan fotografi yang lebih canggih. Ia memerlukan lens yang mampu menghasilkan dedahan yang banyak dalam masa 1 saat. Lens tele lebih baik kerana kebanyakkan sukan tidak membenarkan jurugambar berada sangat hampir semasa acara sukan sedang berjalan.
2. Kedudukan. Kedudukan sangat penting dalam menghasilkan gambar yang sangat baik. Namun begitu, fotografi sukan tidak mempunyai kebebasan bagi jurugambar memilih kedudukan dan seperti pertandingan taekwando ini, si pengadil kerap kali mengganggu semasa acara sedang beraksi. Tak banyak tenpat untuk ubah kedudukan.
3. Wajah peserta. Ini adalah perkara baru dan cabaran yang paling besar. Bukan mudah untuk mendapatkan wajah peserta yang sedang beraksi. Kita kena mengambil masa yang lama untuk mendapatkan 'moments' yang mana aksi sedang berlaku dengan wajah yang penuh dengan ekspresi benar-benar mengadap cermin depan lens kita. Ini jugalah menyebabkan saya merasa seronok untuk mendapatkan 'moments' terbaik semasa pertandingan Taekwando.
Apa pun, masih banyak lagi kelemahan. Namun, panduan di atas sedikit sebanyak membantu dalam menghasilkan gambar yang memuaskan sedikit hati saya. Alhamdulillah