Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 20-May-2008 05:45
MAKARONI BAKAR SIMPLE
Weekend semalam aku balik kg.. lama dah x balik kg.... n dengan dengan rajinnya dan atas permintaan ramai aku buat la makaroni bakar faverot my family tu...makaroni tu kalau ikut resepi asal agak banyak juga bahannya.. tapi oleh kerana resepi asal dah hilang.. dan aku main2 ingat2 dlm kepala jer... so, ini lah hasil nya hmmm...nyamm nyammm sedap nyer mari kita tengok...

Bahan2 nyer

1 mangkuk kecil makaroni (rebus hingga kembang & toskan)
1 paket daging or ayam kisar (ct guna ramly punya)
3 sudu besar minyak masak
2 biji bwang merah (racik)
4 biji bawang putih (racik)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis (agak2 la)
4 biji telur ayam
150 ml air
1/2 tin cendawan butang (ct x letak pun)
1/2 botol sos tomato (botol kecik je)
2 sudu besar cili sos
2 sudu kecil garam
4 sudu kecil gula
sedikit bahan perasa
keju mozarella (kalau nak senang beli yg dah siap parut je)

cara membuatnya

1. panaskan minyak masak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang merah & bwg putih hingga wangi.
2. masukkan daging, sos tomato, sos cili, gula, garam, serbuk perasa n cendawan butang. masukkan air. biar sehingga daging masak.
3. masukkan makaroni. gaul2 sekejap dan masukkan 2 biji telur. gaul sampai telur itu mesra. kalau agak2 kering kena tambah air ckit. tak boleh kering sebab nanti makaroninya akan hancur bila dipotong.
4. masukkan makaroni tersebut dalam loyang pembakar.
5. pukul baki telur dan curah atas makaroni. akhir sekali tabur keju (ikut suka) kalau ct suka banyak2.. lagi sedap
6. bakar dalam oven dengan suhu 180 c selama 20 minit. atau sehingga keju menjadi kekuningan




tadaaaaa.. ini lah hasilnyer

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.