| Saturday, 17-May-2008 12:00 |
|
Fraser's Hill
|
|
19hb ni cuti hari Wesak. So Wan ajak pegi jalan2.. cadangnya tempat yg dekat, tapi nak tido la semalam.. Tmpat pilihan kita org ialah Freser Hill. Tmpat ni memang kurang popular sebenarnya. Tapi hari Khamis sebelum bertolak tu, bila kita org tepon hotel, semuanya penuh. Hehe.. tapi kita org gamble je pegi.. untung2 ada org yg dah booking tak jadi pegi ke.. Hotel kat Freser Hill ni pun tak banyak, itu la sebabnya senang penuh.
Kita org bertolak ke dr Selayang dlm kul 10.30pg. Tapi merata singgahnya.. sampai di Rasa, iaitu simpang sebelum nak masuk ke Freser Hill tu dah kul 12.00 tgh..
Sebelum naik, pemandangan di kaki bukit ni pun memang dah menarik. Sebab ada empangan yg cukup besar. Sebenarnya tak sure la empangan ke tasik. Tapi memang cantik. Cuaca memang panas masa tu. Masa ni jalan besar lurus dan cantik lagi. Agaknya dlm 10 minit, mula la kami sampai di kawasan berbukit dan jalan yg bengkang-bengkok. Bagi org yg sebelum ni kat Bukit Putus ( Jln Seremban - K. Pilah) pun dah tak bole tahan, rasanya kat sini lagi la tak bole.
Jln kat sini lagi teruk dari jalan Tapah - Cameron atau jln ke Bukit Tinggi. Kita org yg naik Cameron blh rileks pun, bila naik Bt Fraser tu dah mula pening2. Blh dikatakan tiada lansung jln yg lurus sepanjang naik ni. Dan tiada tempat nak singgah minum2 mcm kat Cameron tu. Memang letih jgk.
Sampai di satu tempat dipanggil The Gap, jam dahpun menunjukkan kul 12.45 tgh. Bg sesiapa yg tak tahu, di sini ada org yg jaga waktu turun dan naik. Kebetulan masa tu org tgh turun. Jd kenalah kita org tunggu jap. Nasib baik kejap je.. Naik tu pulak lagi le mencabar, jln nya lagi kecil dan ada di sesetengah tempat tiada lansung penghadang jalan. Kalau tersilap perhitungan, alamatnya terbabaslah. Sampai kat atas terus kita org ronda2 dulu. Nak tgk tempat. Kita org pi tgk Banglo Jelai, uihhh.. macam dah teruk je keadaannya. Dah la jauh dari town centre. Banlo Rompin, pun lebih kurang jgk. Pi Silverpark, penuh. Old Ye Smoke House plak, penuh keta, parking tak de.
Tak pe.. kita org jmpa pulak Shahzan Inn. Haa kat sini baru ada.. Dgn rate RM188/nite, kita org pun setuju je.. Shahzan Inn ni kepunyaan keluarga di raja Pahang. Apa yg bestnya tu, dari Shahzan Inn ni kita hanya perlu berjalan kaki je ke Town Ctr.. Dekat betul.
Apa yg menariknya kat Fraser Hill ni masih lagi tdk terusik macam Cameron H/land yg tlh dimajukan. Kalau tak de bangunan, penuh pulak dgn kebun sayur. Jd dah tak sejuk dah. Kat Bt Tinggi plk kalau hujan memang sejuk gler, tapi pd waktu biasa sejuk biasa2 je..
Fraser Hill di waktu tgh agak panas. Tapi sesekali ada la udara sejuk bertiup. Tp bila matahari turun, dlm pukul 4-5 ptg, cuaca mula sejuk. Kami keluar dlm jam 5 ptg pun dah sejuk gler. Dlm kul 6 ptg tu dah tak leh tahan. Arin dah mula ajak balik. Kuku tgn dia semua dah biru2.. Si Eisya pulak tgh seronok main kat playground. Playground dia besar gler.. seronok le si Eisya nih.. last2 kat kul 7 jgk la baru balik.
Mlm nyer pulak memang tak de la aktiviti sgt, tapi pengunjung2 kat sini siap jalan kaki sambil bergambar di sekitar kawasan town ctr. Seronok jgk.. time ni kereta dah tak banyak. Town Ctr ni kecik sgt. Pas tu banyak kedai2 dah abandon mcm tu je. Dah rosak2 pun. Mungkin sebab tak ramai pengunjung datang. Esoknya pulak kta org pegi The Paddock. Bwk Eisya naik kuda.. suka betul dia.
Kesimpulannya, Fraser Hill ni memang menarik bg org yg nak berehat2 dan nak rasa suasana yg tenang dan tdk terusik. Tp rasanya pihak Maj Daerah Raub, Ker. Pahang dan Kerajaan Malaysia sendiri perlulah lakukan sesuatu supaya route ke Fraser Hill dinaiktaraf. Dr view yg kami baca dari blogger2 lain, ramai yg taknak lagi datang ke sini krn jln nya yg teruk. Tp bg kami, Fraser Hill cukup unik dan menarik. Insyaallah ada rezeki dan umur lagi, kami akan naik ke Fraser Hill lagi..
|