Walaupun duduk di KL, kami memang jarang berkunjung ke tempat-tempat percutian kat KL ni. Entah macamana suami melontarkan idea untuk berkunjung ke Aquaria KLCC Jumaat lepas. Jadi, semalam kami sekeluarga ke sana selepas kami menghantar 1 wedding cake for my officemate, Jaja di Kg Baru. Dengan menggunakan J Card, harga tiket kami semua ialah RM71. Adalah sedikit diskaun.
Mus'ab memang suka sangat tengok binatang-binatang dalam Aquaria. Tak kesah saiznya, ganas atau tidak. Berbeza dengan Mawaddah yang memang takut dengan semua ikan-ikan besar. Dia menangis sambil berkata " tak nak tak nak, takutt". Saya pon lebih kurang jugak, takut gile masa lalu kat kawasan binatang like lizard & frog. Geli beb!!
Kami dok dalam Aquaria lebih kurang 1 jam. Lepas tu ingatkan nak singgah Kinokuniya beli buku. Tapi anak-anak nak jalan gi Taman KLCC pulak. So, kami jalan kat taman so kids dapat main kat playground. Bila lalu pool KLCC, bebudak mula bising le nak mandi pool. Dah le kami tak bawak baju spare. So dengan selambanya kami benarkan mereka mandi dengan memakai underwear jek. Masa nak balik pulak hanya adik tiada seluar. So, saya pakaikan baju + pampers aja. Dengan selambanya pon kami jalan balik ke arah kereta yang kami letak kat kawasan pejabat suami, LGM berhadapan KLCC). Tak kesah le orang tengok Mawaddah tiada seluar kejap, yang penting kami enjoy semalam!! Kami sampai rumah jam 5.15pm. Kids tidur terus sebab kepenatan. Lepas solat Asar, saya pon lelap sekali sampai maghrib. Enjoy the pics
Nota: Gambo memang sedikit sebab memory card 128MB kami hilang semalam but today dah jumpa. Semalam digicam kami guna MC 16MB jek!