Hari ini turut serta aktiviti bersama Zakwan ke Kasai Rinkai Kouen. Berkumpul di Senzoku-ike pada pukul 8:30 pagi dan bertolak 10 minit kemudian tepat pada masanya. Kesemuanya 6 bas disewa untuk anak2, ibubapa dan guru2 (cuma untuk kelas paling bawah; nensyou sahaja anak2 duduk bersama ibubapa). Sebenarnya cuma ada 4 orang bapa sahaja yang turut serta aktiviti ini. Maklumlah bapa2 di Jepun susah nak dapat cuti walaupun untuk aktiviti bersama anak2. Nasib baik juga, ada lagi 2 bapa yang sama kelas dengan Zakwan yang pergi bersama..heheā¦ada la kawan untuk berborak. Sampai di Kasai Rinkai Kouen dalam pukul 9:30 minit. Kawasan Kasai Rinkai Kouen ini terletak berdekatan dengan Tokyo Disneyland & Disneysea iaitu kawasan tebusguna di Tokyo Bay. Ada ramai murid2 dari tadika2 dan sekolah2 rendah yang lain datang ke sana. Biasanya acara ensoku ini diadakan pada bulan 5 kerana bulan 6 memang sinonim dengan musim hujan sebelum cuti musim panas pada bulan 7 dan 8.
Berjalan2 melihat ikan2, penguin dan lain2 sambil melayan anak masing2 sehingga pukul 11:20. Kemudian makan tengahari dengan bentou (makanan yang dibawa) masing2 dan aktiviti bebas sehingga pukul 1:20 sebelum bertolak pulang. Zakwan asyik berlari dengan kawan2nya. Apa yang dirisaukan adalah penyakit lelahnya dan alhamdulillah tidak ada apa2 berlaku.