SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DIANUGERAHKAN KEPADA SEMUA GURU-GURU
KERANA TELAH MENDIDIK DAN MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA SAYA.
SEGALA ILMU YANG TELAH DICURAHKAN KEPADA SAYA AKAN SAYA GUNAKAN SEBAGAI PANDUAN DI MASA HADAPAN
TERIMA KASIH CIKGU
SELAMAT HARI GURU
"GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG"
kata mak shami, cikgu maziah guru disiplin "sesungguhnya semua orang pernah dan akan menjadi guru, walaupun 1 benda yang di ajar, dia tetap seorang guru"...ha tu dia.
ini cupcakes strawberry...bunga rose sugarpaste tu..

.jangan tak tau...kita pergi beli le.

..tak tahan nengoknya...tinggal pacak je kat kapis tu...
so untuk zaitgha yang bertanya tak usahlah risau...kalau masih tidak menjadi rosnya...tiru macam saya...hilang kempunan...
ini nana .... kirim salam mak..kata kat dia "Selamat Hari Guru"...ya
ooo...itu Oreo Cheesecake...yang kita belajar dengan Kak Mas, makcik Lynnhassan hari itu sama Kamalina dan Che'pah..makan sejuk-sejuk..perghhh...sedap-sedap...tambah icecream vanilla....amboi mak...lagilah sedap..
di entry yang lalu kita ada tunjuk sebahagian rumah Kak Mas ne..sampai dalam almari nya pun penuh pinggan mangkuk yang seirama dengan hiasan dalamannya...nak tengok rumah dia puas-puas beli lah majalah Impiana bulan Mac 2008, tak pun boleh pergi kelas masak dia sekali sambil cuci-cuci mata pastu buat biskut, cheesecake dan kek komersial....rumah dia kat Ampang je...
jom potong Oreo Cheesecake ne kawan-kawan...

.. lepas makan bubuh balik dalam petiais k..bertambah-tambahlah sedap...

...err...gambar yang dah potong?...dah habis kena ngap...

...sedap...