Majlis ni, memang dah agak lama. Hampir 2 1/2 bulan. Album pun baru jer siap kerana banyak process yang saya buat untuk memastikan gambar-gambar yang diprint cuma yang terbaik.
Untuk sesetengah pelanggan saya, mungkin ada yang tidak sedar bahawa dengan setiap album, saya ada beri satu lagi softcopy gambar, samada dalam DVD lain, atau dvd yang sama dengan main softcopy tetapi dalam folder yang berlainan. Kalau anda tak pernah buka folder atau DVD ini, saya harap anda luangkanlah masa tengok isi kandungannya.
Untuk proses pembuatan album, kriteria pemilihan gambar saya ada berlainan sedikit dari orang lain. Kriteria yang saya gunakan biasanya adalah berdasarkan cerita dan mesej dalam gambar. A trigger happy I am, biasanya saya produce sangat banyak gambar dalam setiap event. Bukan kerana saya tak pandai ambil gambar dan perlu ambil berulang-ulangkali tetapi saya memang suka ambil gambar. Setiap moment, kadangkala, perlukan berlainan frame dan angle untuk mendapatkan mesej yang lebih jelas.
Oleh kerana jumlah gambar yang banyak, kadangkala ada gamabr yang betul-betul saya suka tapi tidak dapat saya pilih untuk print kerana jumlah pesanan cetakan yang terhad. Jadi banyaklah gambar yang hanya terperap dalam folder Extra. biasanya 4x lebih banyak dari jumlah selected. Antara gambar yang akan terperap macam yang dibawah, sayang rasanya kalau pengantin tak realized ada moment-moment yang sungguh bermakna macam ini dalam CD.
Oleh kerana itu juga, saya akan buat package baru untuk pelanggan saya. Saya mahu pelanggan saya dapat lihat semua gambar-gambar ini tanpa membebankan poket mereka. Apa pakej baru saya? itu kena cerita by appointment lah.. Anda pasti tergezut.
So.. hubungi saya, bila-bila masa, di 016 2371946 atau 012 3076857 dan set appointment sekarang. Apa pun lingkungan budget anda, kecil atau besar, pasti ada sesuatu yang boleh saya tawarkan untuk anda.