Venue : Restoran Amjal, Jalan Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Sejak kelmarin desas desus mengatakan akan ada perhimpunan Gerakan Mansuh ISA di Restaurant tersebut. Tujuan sebenar perhimpunan tidak diketahui. Inilah yang dikatakan berita angin yang belum mendapat pengesahan dari sesiapa. Kenalan saya dari Peranchis yang menyampaikan berita tersebut pula jatuh sakit petang tadi, jadi dia minta saya tolong hadir untuk berita yang menarik.
Memandangkan perhimpunan GMI pada hujung minggu lepas telah dibatalkan maka kami menjangkakan akan ada acara pengganti. Tapi yang menjadi tanda tanya ialah mengapa mereka memilih hari bekerja dan diadakan waktu malam dikawasan bukan strategik.
Setibanya di venue saya diberitahu oleh petugas bahawa Nur Izzah baru saja balik semula ke Parlimen untuk menyambung sessi persidangan yang dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam. Lain2 Ahli Perlimen BR tidak dapat hadir sama. Jadi majlis yang sebenarnya kenduri kesyukuran diteruskan juga dengan jamuan makan untuk mereka yang hadir.
Tuan rumah yang aktif berpolitik dan telah berdekad lamanya berniaga di tapak sedia ada, Hj Amjal
Political activist and non-conformist Hishamuddin Rais
Cikgu Badrul who contested against the son-in-law of Premier Abdullah Badawi at the March 2008 poll in the Rembau constituency. He was the loser..