Salam semua,
Disini saya ingin menjemput semua jurufoto dan video bumiputera Pulau Pinang
dan seluruh kawasan Utara (Perlis, Kedah dan Perak Utara) untuk hadir ke
Mesyuarat kali ke-4 Persatuan Jurufoto dan Video Pulau Pinang
bagi bulan Mei 2008.
Tarikh : 26 Mei 2008 (Isnin)
Jam : 8.30malam.
Tempat : Kedai Nasi Kandar Kapitan’s – bilik mesyuarat tingkat atas.
(Berdekatan Kedai Kassim Mustafa dan Balai Bomba Jetty Penang)
Kehadiran : Semua ahli PJVPP dan mereka yang berminat untuk menyertai ahli.
Topik dan agenda Mei ialah:-
1) Status Penubuhan PJVPP.
2) Cadangan pengurusan dan pengelolaan PJVPP.
3) Cadangan aktiviti riadah sambil berfoto dan bervideo. (Aktiviti bulanan, dan tahunan)
4) Cadangan mewujudkan Biro dari kalangan AJK Penaja.
a) Biro Latihan. (Untuk segala Training dan Kursus)
b) Biro Aktiviti Riadah. (Untuk segala aktiviti riadah dan sukan)
c) Biro Kebajikan dan Zakat. (Untuk segala kebajikan ahli dan juga masyarakat setempat)
d) Biro Pembangunan, Keusahawanan dan Ekonomi. (Untuk menjaga status,quality, harga dan peluang2 perniagaan)
e) Biro Informasi dan Laman Maya. (Untuk menyelenggara laman maya / WEB dan menyalurkan maklumat PJVPP kepada ahli dan orang ramai)
f) dan cadangan untuk beberapa lagi Biro amatlah dialu2kan.
5) Cadangan kekerapan perjumpaan dan mesyuarat PJVPP.
a) TT sebulan sekali. (Kedai Makan)
b) Mesyuarat AJK dan Biro 3 bulan sekali atau bergantung kepada agenda. (Bilik Mesyuarat)
c) Mesyuarat biasa 6 bulan sekali atau kekerapan bergantung pada tajuk dan keperluan mesyuarat. (Bilik Mesyuarat)
d) Mesyuarat Agung 1 tahun sekali. (Bilik Mesyuarat)
6) Cadangan mewujudkan laman WEB PJVPP.
7) Cadangan agar setiap ahli mendaftarkan email account dimana2 host. (bagi yg tiada email account)
'

Cadangan agar merekacipta kad ahli dan pelekat kereta / motosikal.
Status semasa penubuhan PJVPP – Dalam proses kelulusan Pendaftar Penubuhan Persatuan / Registration of Society (ROS) Pulau Pinang.
Dijangka diluluskan dalam bulan Julai atau Ogos. Sementara itu, aktiviti dan perjumpaan tetap diteruskan.
Dengan ini saya sekali lagi amatlah mengalu2kan kepada semua jurugambar foto dan video
bumiputera Pulau Pinang dan juga kawasan utara untuk menyertai PJVPP dan membantu
membangunkan taraf jurufoto dan video bumiputera Pulau Pinang.
Ikhlas dari
Ahmad Khalil Bin Abdul Aziz @ Ismail
Pengerusi Penaja PJVPP
017-4162979
CS / PhotoMalaysia / FMDC User: kalelkikgs
[img src="
http://share.fotopages.com/share/?type=2&id=18164758"][/img]