Entry kali ni saja je untuk kenang-kenangan memandangkan dia dah bersama dengan aku lebih dari 10 tahun daaa...lama tuh dan ini merupakan satu-satunya hadiah daripada abang kandungku 'Abe Me' panggilan kami adik beradik. Hadiah ni dia bagi sempena aku dapat masuk UTM pada tahun 1997. Tapi hari ini dia sudah menunjukkan tanda-tanda dia telah diserang penyakit yang agak kronik sehingga jari jemarinya tidak mampu lagi untuk bergerak pantas seperti biasa, kerap kali jari jemarinya terhenti buat seketika sehingga menyukarkan aku untuk bersamanya lagi. Lantas ku terpaksa mencari pengganti bagi mengisi ruang dalam hidupku...Sorry la Abe Me sbb yang tu dah teruk sangat. Dengan itu aku telah dapatkan penggantinya dan kali ini pemberian ikhlas dari hubbyku...Terima kasih B panggilan manja buat hubby ku....mmm ok la cukup2 dulu next entry lak.