Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 13-May-2008 08:22
Nasi Himpit dan Kuah Kacang
Dulu, saya tak le suka sangat ngan nasi himpit ni, makan gitu2 jer, takde ape yg sedap pun nasi himpit ni Kalau makan nasi himpit ni setakat seketul dua, jgn harapla nk tambah lagi Sebabnya, nasi himpit tak popular di tempat saya tak masuk dlm senarai topten kata orang... juadah raya bukan nasi himpit, tapi lemang & ketupat cicah rendang

Tapi sejak kawin ngan org selangor, tiap2 kali raya nasi himpit ni la juadah utama keluarga suami, saya pun jadi terbiasa la pulak.. lama2 jadi sedap plak kat lidah saya ni

Semalam masa operasi mengemas kabinet, jumpalah beberapa paket nasi himpit segera.. apa lagi malam tadi bermulalah keje2 menghimpit..opppsss..merebus daa..Kebetulan kacang tanah yg dah siap digoreng mmg ada, lagila senang keje..
Dah ingat2 lupa nak wat kuah kacang , pi jenguk kat fp kak rinn, so minta izin kopipes resepi, t.q kak rinn
.



Quote:
KUAH KACANG IBUNDA (Kak Rinn)

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas - saya tak letak sbb takde
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air - saya boh sebesar ibu jari jer
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

Kuah Kacang actually taste better after a few hours of cooking it. The longer you let it sit the tastier it becomes. That`s why I normally cook it the night before Hari Raya, so the next morning I`ll find it tastes much much better than after it was cooked.




Quote:
*** kuah kacang ni, saya ada tambah ayam. Caranya, potong ayam kecil2, gaul garam & kunyit, goreng separuh masak.
Masukkan ayam ke dalam kuah kacang, masa kuah tu sedang menggelegak tu, atau selepas kacang kisar dimasukkan. tak kisah ler nak masukkan bila pun, janji ayam tu bergaul mesra ngan kuah kacang tu jer..hehe. Ni ikut stail arwah MIL nyer kuah kacang . sedap tau, ada ayam



Quote:
shima ~ dah abih dah ganti pose, ni sajer2 wat sbb tingin..jaga hang shima

princessharyati ~ ishh..takle sdap mana, sifu wat lagi sdap.. ketuk pintu boleh, tapi kena bawak nasik dagang sepinggan

nor ~ dua2 tak sabo nor...terutamanya nak balik tu..yup betol tu

anese ~ kot2 cik Ti dah bawak lari kot

hajar ~ kita serupaa..mkn time raya mmg feel dia lain sket, tapi tak rasa nikmat sgt sbb masa tu perut kenyang mkn mcm2.

baayah ~ haah mmg kalu ltak daging atau ayam, lagi terangkat rasa kuah tu. kalau nk ajak pi umah kena hidang makanan penuh meja dulu tau

farah ~ mmg biasa jumpe time raya je kan, tapi kalau buat hari biasa lagi sedap makan sbb kita duk pulun yg satu ni jer, makanan lain xde..kalau raya byk makanan

anis ~ cepat lap air liur tu dan mulakan operasimu...

ziela ~ kalau malas tgok gambar dulu, nanti naik smgt baru buat

bigmamma aka ati ~ sedih surat tu, saya dh baca byk kalipun ttp meleleh airmata..
takler sedap mana, baru nk belajar ni..

jasmeen ~ himpit cap segera tu yg senang . sbb tu ayam kena goreng dulu, so tak hancur dlm kuah tu. sini musim open hse sehari dua lpas raya jer, pastu musim melawat shopping mall laa (kes beraya di shopping mall )

mamasya ~ mana akak tau sy masak sedap, akak masak lagi sedap ikut stail arwah MIL tu masukkan ayam, sedap jugak cpat2 buat nanti xpired lak

masriyah ~ mmg dulu tak suka, tapi skang dah jatuh cinta lak ngan nasi himpit ni, makan sepinggan tak cukup

zara bee ~ ala kak zara ni tak yah mintak izin pun takpe, tu pun bukan saya punya resepi sendiri, intai2 kakak ipar masak...akak dah buat yer, jgn lupa tepek gambo tau.

Laura Handbags Collection ~ nanti saya pi jenguk yer











© Pidgin Technologies Ltd. 2008.