Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. khal-el pun dah cukup 1 tahun. Sekejap je rasa masa berlalu.
Ahad lepas 11/5/2008, kami buat makan2 kat rumah, sempena birthday kal-el dan mother's day. Ayul dan kak lang pon sambut birthday sekali.. ehehhe...makanan semua order dari en hizam dan isteri dari
http://themakan.blogspot.com . Makanannya lazat dan affordable. order utk 35org makan je, tapi makanan yg disediakan banyak, mcm utk lebih 35org makan. Tetamu yg datang ramai betul, mula2 kitorg ingat tak cukup, siap ada beli spagethi utk stok. Memula ayah nak buat spageti, tp mommy tak kasi, mommy kata, kalau makanan abes, baru kita masak spageti.. sibbaik tak buat, kalo tak, membazir je.
Mommy order nasi goreng cina (request tak pedas, utk budak2), bihun goreng, kuih 2 jenis (ada karipap ngan kuih kemboja), buah 2 jenis (tp catering kasi 3 jenis, limau, betik dan honey dew). Apa pon memang best makanan, mommy tanya semua tetamu pasal makanan, semua feedback baek punya. semua kata sedap. eheheh.. next time bole order lagi ye en hizam.
Kami cuma buat BBQ, salad, potato salad, beli sate kg baru (tima kasih pakcik din, kedai dia dekat warung perasan kt kg baru tu, DIN SATAY). kak lang sponsor dadih.
Kek kal-el mulanya order dari Adni's delight
http://nakataakasia.fotopages.com , nak order kek 4segi, letak gambar superman, tp last minute cancel, pasal tokey kek ada kursus kat besut, uhuhuhu, syedih mommy. tp takpe lah, tahun depan kita order kek tu ye. Sibbaik ada option, beli kek kt secret recipe, letak gambo batman. bole la, dari takde langsung ye tak?
pinjam gambar dari adni's delight (camni la lebey kurang kek utk kalel, gambo tu konon nak letak lambang superman)
Pastu, sempena mothers day, ayah kalel beli cupcake utk mommy. Kami order dari Hey Cupcakes!
http://heycupcakes.fotopages.com/ . Syedapppp! Lenkali leh order lagi. Thanks Azura.
kami jemput kawan2 office (TMNET dan UM), kawan2 ITM, saudara mara dan jiran tetangga. Kebetulan semua datang dalam pukul 3 ptg, mmg meriah betul. Tetamu yg datang lewat2 petang, tak dapat rasa ayam BBQ, semua dah licin. mujur mommy ada makan seketul masa tghr, sebelum org datang. (kitorg baru beli set BBQ ni, semata2 utk birthday kalel.. ehehhe)
Many thanks to Yan & Along dan Tasha yg banyak membantu, derang datang kol 11, banyak tolong mommy. tau2 aje la si kenit tuh, mommy nak buat sandwich pon susah, mommy letak dia kt dapur, bagi main periuk belanga, baru senyap.
Lastly, terima kasih pada yg datang, harap semua berpuas hati dengan makanan yg tak seberapa tu. Dan terima kasih juga pada yg berikan hadiah utk kal-el, dia suka betul.
Pada Kak Ratna 2D
http://ratnamurniwati.fotopages.com/ takziah kami ucapkan atas pemergian abang tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. harap kak ratna dan keluarga bersabar menerima dugaan ini.