from left, erin, arwah ika & baby
Our beloved cousin, Norzalikha bte Adnan telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mei 2008...
At the very young age, we really felt the lost of Arwah caused of denggi fever..
smoga roh beliau dicucuri rahmat...
amin...
a l - f a t i h a h . . .
Baru2 ni msk berita kt Harian Kosmo, 23 Mei 2008 psl arwah

...
Tindakan HKL dipersoalkan
KUALA LUMPUR - Keluarga Nur Zalikha Adnan, 19, melahirkan rasa hairan dengan tindakan pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mencatatkan punca kematian gadis itu pada sijil matinya sebagai denggi berdarah sedangkan punca sebenar disebabkan dijangkiti virus myocarditis.
Malah menurut ibu saudaranya, Zainab Harun, 48, alasan pihak HKL yang pihaknya berbuat demikian semata-mata hendak memudahkan proses menuntut mayat dan pemberian permit pengebumian.
"Jika benar ia disebabkan jangkitan kuman, mengapa ditulis pada sijil mati itu berpunca daripada denggi berdarah (denque haemorhargic shock) dan bukannya punca sebenar kematian.
"Mereka memberi alasan ia adalah semata-mata bagi memudahkan prosedur urusan tuntutan jenazah dan sehingga kini, darah arwah masih dikaji untuk mengenal pasti kuman jangkitan dan punca kematian," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumah arwah Nur Zalikha semalam.
Semalam, ibu kepada Nur Zalikha, R. Anjang R. Suphan, 59, mempersoalkan tindakan HKL yang membenarkan anaknya itu pulang dan tidak menahannya di wad selepas membuat pemeriksaan walaupun doktor mengesyaki mangsa menghidap demam denggi.
Dalam pada itu, Zainab menegaskan, jika benar mayat Nur Zalikha tidak boleh dituntut lagi kerana perlu melakukan kajian, mengapa tidak disimpan saja mayat itu di hospital bagi memudahkan urusan doktor.
more news @
Harian Kosmo