Semalam hujan seharian sehingga ke hari ini di sebelah pagi. Atas permintaan mama untuk menonton cerita "隠し砦の三悪人 The Last Princess". Mama dan Alya adalah minat Matsumoto Jun tetapi papa pula minat Nagasawa Masami. So cerita di ada dua2 pelakon pilihan kami ...hehe. Dalam pukul 11:00, buka web Cinecitta dan terus tempah 4 tiket dan pilih seat. Selepas solat Zohor, terus keluar rumah walaupun tengah hujan renyai2. Sampai je eki, hujan berhenti, terpaksalah pegang je payung ke Kawasaki. Beli onigiri (salmon, tuna dan mentai cheese) dan makanan ringan untuk anak2. Sampai Cinecitta, terus print tiket di mesin (hanya isikan password dan no. telefon) dan beli pop corn & calpis. Sempat beli maeuriken untuk cerita Ultraman 8 kyoudai yang akan ditayangkan pada 13 Sept 2008. Dapat tiket murah 2000 yen untuk kanak2 dan dewasa (diberi cawan ultraman dan card ultraman untuk setiap tiket). Menarik ceritanya dengan camera effect dan sound effect yang bagus. Cuma kurang adegan love story...hehe. Overall: kakkoi masa lawan guna katana. Balik dari Cinecitta, singgah ke kedai sushi tapi malangnya sushi tak berapa sedap.
Di Kawasaki-eki, beli agepan, apple pie etc dan singgah di Kamata-eki beli mini taiyaki perasa: cheese, custard cream, chocolate, melon dan caramel. Alya request beli bunga carnation untuk mamanya.