| Saturday, 10-May-2008 05:04 |
|
Jemput2 Udang, Ayam Kung Pao & Asam Pedas Kepala Ikan
|
|
| Quote: | Masa tgah buat entri ni, saya belum start masak lagi, baru pukul 9.30 waktu dubai. Cuaca pula kian panas, dah mencecah 40c. Walaupun Jumaat semalam hari cuti di sini, tapi kami tak kuar ke mana2 pun, duk teperap di rumah jer, takut panas . Waktu malam, barulah kami merayap kuar jalan2 cari makan. Malampun masih terasa bahang panas walaupun matahari dah takde.
Oklah, tayang menu yg dh lepas jer ni. |
| Quote: | Jemput-jemput Udang
bahan2:
tepung, udang, bwg besar (didadu), cili merah (didadu), air panas, garam, sdikit kiub ayam, telur, daun ketumbar/daun bawang, udg kering /ikan bilis (ditumbuk), minyak.
cara2:
Adunkan air panas ngan tepung, kacau rata. Masukkan semua bahan yg lain dan gaul rata, goreng.
*** saya tak bubuh soda bicarbonat atau sebarang bahan penaik sbb tak suka ia menyerap banyak minyak |
| Quote: | Ayam kung pao ni fes taim buat, sedap jugak. Kelakarla, masa tengah masak ayam ni, teringat pulak kat Jackie Chan , nape ntah..maybe sbb nama ayam tu kung pao..dekat nak sama mcm kung fu
time kasih kpd yg empunya resepi.
KUNG PAO CHICKEN
Sumber: Cranko21
Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam
Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.
Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak untuk menumis
garam - kalau perlu
Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang. |
***saya tabur ngan bijan sbg hiasan
| Quote: | Asam pedas ni jiran saya, umi yg bagi. time kasih daun keladi, memang mabelesss . ni kali kedua dah umi bg asam pedas kepala ikan ni. saya ni kalau masak asam pedas ni selalu fail. nanti nak korek resepi dr umi, ble tepek sini . |
|