Sekali lagi, aku gagahi diri ini untuk menerjah hutan katulistiwa di bumi Sarawak ini, atau lebih tepat bumi Tuhan yg diberinama Miri.. Kali ini, Kenari ku meluncuri jalan lama antara Miri dan Bintulu menuju ke Hutan Simpan Lambir. Dari pintu masuk, RM10 aku melayang semata2 demi mengupah orang memelihara bumi Tuhan yg masih belum diRogol manusia2 yg lahap dengan pembangunan hingga tidak sedar bahawa itu semua bakal mengundang musibah kepada mereka sendiri.
Lihat lah dengan mata.. hayatilah dengan hati.. renunglah dengan akal..
Untuk apakah manusia diutuskan kedunia kalau hanya untuk membinasakannya. Gunakankanlah akal.. kawallah nafsu mu itu wahai khalifah dimuka bumi...
Apalah erti KLCC tanpa pokok nan hijau.. Apalah erti Penyaman Udara tanpa Oksigen.. Apalah erti Mendung jika disebabkan Jerebu.. Apalah erti Malam tanpa bunyi cengkerik..
| Quote: |
Hijau..
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini
Oh..anok-anok
tokleh meghaso mandi laok
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo
-Zainal Abidin-
|