Akhirnya selepas sebulan lebih dok kat Bristol ni...dan settle sikit sebanyak..kami pun buat la sikit majlis house warming. Jemput jiran-jiran mesia yang dekat, sapa-sapa yang kelapangan hari tu, buat sikit jamuan dan doa selamat...moga-moga kedatangan kami ke Bristol diterima rakan mesia di Bristol, dan diterima 'Nya', dipermudahkan segala urusan.
Menu hari tu:
- Nasik putih - ayam masam manis ala Thai (boneless, goreng tepung), sayur campur ala chinese
- Sup daging utara - meehun dan mee, cili kicap
- macam-macam pencuci mulut sumbangan tetamu yang datang.
Tengok depa pulun gak la...maklumla sup utara, kena cili kicap pedas...berasap gak la masing-masing.
Terima kasih kepada yang sudi datang (apatah lagi bawak pencuci mulut pulak tu)...kepada yang tak datang, ada rezeki kami buat lagi.