Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


shortbread pisang

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
shortbread pisang



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 9-May-2008 18:18


Sayang tengok pisang yang dah masak ranum kat umah ni.
Tak de sape nak makan lagi.
cari idea nak buat apa ngan pisang ni.
Teringat buku Alex Goh ada resepi shortbread pisang.
Mula lah mengadun.....
Ni dia....dah sedia untuk di bakar.


Dah masak pun......
Merekah pulak die...


Bila sejuk sikit kakak keluarkan dari acuan.


Shortbread pisang yg dah di potong dan sedia dimakan.


Macam mana....ok tak...
Shortbread pisang Alex Goh ada tabur walnut...lagi sedap.

Shortbread Pisang
(copy dr buku The World of Bread- Alex Goh)

Bahan
(A)
250g gula
130g marjerin
1 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp garam
(B)
2 biji telur
(C)
300g pisang dilecek
(D)
300g tepung
1/2 tsp serbuk penaik
80ml susu
(E)
100g kacang walnut dicincang

Cara
1. Putar (A) hingga lembut dan gebu.
2. Campur (B) dan putar hingga tidak berbintil2.
3. Tambah (C) dan campur hingga sebati.
4. Gaul (D) hingga sempurna.
5. Campur (E) dan adun hingga sebati.
6. Tuang adunan ke tin roti yang telah si sapu dengan minyak dan di alas kertas (P 20sm x L 10sm T 8.5sm). Kuantiti adunan ini boleh menghasilkan 2 buku roti. Untuk menghasilkan roti yang lebih menyelerakan, tabur sedikit kacang walnut yang di hiris di permukaan.
7. Bakar pada suhu180'c selama 45 minit. Siap di hidang.



Tiap jumaat anak bujang kakak tu join usrah remaje kat sini.
Jadi kakak buatkan cup cake untuk die bawak, boleh makan ngan kawan2 nanti.
Ni yang belum di masak.
Nak nampak lain kakak letakkan sikit adunan coklat kat atasnye.


Masak dah......


Sekarang......boleh makan...


Usrah remaje tu tak de lak ari ni.Jadi cup cake ni kami makan jelah sama2.
Anak2 dah cuti sekolah sekarang ni (summer holiday). Bulan august nnt baru sekolah buka.
Kalau dorang ada kat rumah....jap-jap lapar...kene lah sentiasa ade benda yg nak di makan.
Tu yg tak abih2... masak....masak....masak....

Cup Cake

Bahan
200g marjerin
150g gula
4 biji telur
200g tepung
1 tsp serbuk penaik
1 tsp esen vanila
Sedikit serbuk koko

Cara
1. Putar marjerin dgn gula hingga kembang.
2. Masuk telur satu per satu dan terus memutar.
3. Tambah esen vanila.
4. Masuk tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik sedikit2 dan gaul rata.
5. Asingkan sedikit adunan, tambah serbuk koko dan gaul rata.
6. Masuk satu sudu adunan ke dalam tiap2 paper cup.
7. Tambah sedikit adunan coklat diatasnya.
8. Bakar 180'C selama 15 minit

Quote:
azue ~ t.kasih byk2
jasmeen ~ kakak rasa same, name je lain, bahan2nye same ngan buat kek je.....kene rajin lah ke dapur...kat sini bukan ade kentucky, mc donald ke.
zaiy ~ same kot, selalunye tak lama lepas cuti kakak balik m'sia, tapi ni kene tunggu............. anak bujang kakak tu nak amek exam hujung bln ni.
kookiesNkeks ~ salam perkenalan juga, insyaallah nnt kakak masukkan gambar makanan org2 sini.
alin ~ t kasih alin & afiq.....mak sayang....anak2 mak.....
ibu irfan ~ salam perkenalan juga...selamat hari ibu
mamafami ~ a..ah... pakai jet turbo tapi jet tubo dah lama, harap2 boleh tahan lagi..he..he


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.