Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 9-May-2008 11:27
Cerita ceriti..
Good morning to everyone.. pepagi lagi sudah update fp. Memang takde kerja betul saya nie (sementara aja. Kejap lagi byk lah) Just nak cerita masa saya balik kampung hari tu, saya bawak adik-adik dengan mak & abah pergi Safari Night kat Zoo Taiping. Sebenarnye memang dah lama teringin nak g situ tapi asyik tertunda aje. So masa balik kampung aritu tercapai gaks la hajat. Tengok dari advertisement board kat tepi highway tu nampak macam best lah tempat tu.
Bila dah sampai sana kan.. Kaunter tiket buka pukul 8pm. Ramai jugak orang beratur beli tiket. Dewasa RM10, children RM5. Harganya dua kali ganda kalau masuk zoo belah siang.
Bila dah lepas entrance door, kene pulak beli tiket keretapi kalau nak pusing dalam zoo tu. Lebih kurang setengah jam jugak tawaf zoo tu.. Harga tiket keretapi RM3 for adult and RM1.50 for children. Emm.. mcm cekik darah aje.. tapi bila dah pusing dengan keretapi zoo tu, tahap kepuasan yang diperolehi adalah minimum. Gelap satu perkara, pastu tak de show pon. At least kalau dah masuk charge double tu wat lah show waktu malam.. but it's nothing. Turun dari keretapi tu, ambil gambar seposing dua, pastu abah saya ajak balik. Huhh one hour journey aje..


********************************************************************************************************************
One da way back to KL, saya attend wedding kawan saya kat Tapah.. hehe dah kawin pun dia.. Selamat Pengantin Baru yer Jue..



*********************************************************************************************************************
Siapa kat sini berasal dari Perak?? Kalau orang Perak mungkin tahu tentang Menara Condong kat Teluk Intan.. Kalau tak tahu, ni gambarnya..


Apa kata kita belajar Sejarah kejap..
Quote:

Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.

Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.

Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.

Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.

Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting.

Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.


Sumber :http://mdhilirpk.perak.gov.my/bm/menarik.html


Lepas makan kenduri kahwin kat Tapah tu, saya singgah di bandar Teluk Intan nak makan ais kacang. Dahaga tau.. ari panas nie... Saja nak jejalan. Kalau korang nak tahu dulu masa kecik saya tinggal kat Teluk Intan tau. Saya masuk darjah satu kat SRK Convent. Darjah 1 Merah. Masa dulu memang saya teringin sangat nak masuk dalam menara nie. Teringin nak tau ape ada dalam menara nih. So sekarang cita-cita saya dah tercapai.




Gambar 1: Suasana dalam menara kat level 1.
Gambar 2: Kat tingkat 3 Menara Condong
Gambar 3: Saya.. depan menara Condong
Gambar 4: Saya dan my buchuk..


Saya sebenarnya nak juga pergi melawat sekolah lama saya.. tapi saya dah lupa jalan laa.. Jalan di Teluk Intan nie dah byk berubah.. Saya juga ingin berjumpa ex-bf saya masa sekolah rendah di Sek Keb Sungai Tunku.. hehehee..

Oohh.. masa amat mencemburui saya. Saya perlu stop mengupdate fp sbb BOSS saya dah panggil tu.. Jap..jap.. ari nih salah seorang ofismate saya nak berenti kerja. Nak jadi suri rumah sepenuh masa. So GoOd LuCk untuk dia.. err namanya kak Rohani....


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.