Di Malaysia, 1 Mei merupakan Hari Pekerja yang jatuh pada hari Khamis, manakala bagi Insyirah sekeluarga, hari tersebut adalah hari istimewa buat Ummi dan Ayah di mana pada 3 tahun yang lepas Ummi dan Ayah selamat melangsungkan perkahwinan (ummi dan ayah diijabkabulkan pada 30 April 2005 dan majlis dilangsungkan pada 1 Mei 2005). Setelah 3 tahun menempuh susah dan senang bersama, ulangtahun ketiga ini diserikan lagi dengan kehadiran Insyirah yang sudahpun berusia 10 bulan pada 27 April 2008. Tiada hadiah yang lebih istimewa selain dari kehadiran si kecil ini dalam hidup Ummi dan Ayah. Semoga kita bahagia selamanya dan diberkati hidup ini