| Wednesday, 7-May-2008 07:39 |
|
Soalan Cepumas kalau hujan turun..hahuhahuhahuha........
|
|
Semalam, pagi2 lagi langit nampak mendung. Kat sini payah nak tengok langit mendung kecuali masa winter jer (tu pun tak selalu sangat). sekali-sekala terdengarla guruh berdentum di langit. Wow, ni tanda2 nak hujan ni Sepanjang duk sini, hampir setahun tak pernah lagi saya dengar bunyi guruh Masa hujan lebat tahun lepaspun takde bunyi guruh, senyap-sunyi jer, tau2 hujan. Setahun dah tak dengar bunyi guruh, kilat apatah lagila. Pandang kat tingkap, tak nampak hujan, tapi bila tengok jalanraya nampak cam basah. Hujan rupanya, Alhamdulillah.
Mulanya ingat nak snap gambar (kalau kat mesia ngigau ke ape nk snap gambar hujan tapi tak jadi sebab hujannya tak boleh nampakpun, ala2 gerimis mengundang, sekejap lak tu, baru bbrapa minit dah hilang .
Balik dr sekolah, muaz pun bgtau, dia nmpak hujan kat sekolah dia, nak tau dia tnya soklan apa, ni la soklan cepumas yg dia tanya, mama tak tido ke masa hujan tu? . Saya cuma gelak je la, teringat masa hujan melanda dubai tahun lepas Masa winter tahun lepas, hujan turun sampai banjir kat dubai dan bbrapa negara arab yg lain. Semua sekolah diarahkan tutup selama 3 hari (kat mesia, kalaulah sekolah tutup sbb hujan, spjg tahun la budak2 bercuti, syokla cikgu2 ). Masa tu, sian muaz, dah pi tunggu bas nak ke sekolah, baru tau sekolah cuti . Sekolahpun tak kuarkan surat mungkin sbb las minit baru dpt arahan. Puncanya ialah jalan jem teruk dan banyak juga eksiden berlaku.
Tu dia...penangan hujan, bila sesekali hujan turun, kelam-kabut depa Aktiviti yg paling best masa tu,...apa lagi, membutaaa Hmmm....patutla muaz tanya
Itu citer pasai hujan, jom citer masak2 lak. Ni la menu sempoi semalam, bukan pasai hujan yer, pasai M jer
tgok daun ketumbar tu pun layu jer sebab dh lama tak hujan
| Quote: | NASI GORENG TOMYAM KAK LIZA (thanks kakliza))
Bahan
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam
Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan. |
| Quote: | Daging Goreng Sempoi
bahan-bahan:
daging - dibersihkan, dihiris dan digaul garam & serbuk kunyit (diperap 15 minit)
bawang besar - potong bulat
bawang putih - diketuk
halia-hiris nipis
sos tiram
garam, gula (jika perlu)
capsicum - dipotong kecil
tomato - dipotong kecil
apa2 sayuran pun boleh dimasukkan jika suka
minyak untuk menumis
Cara-cara:
Goreng daging dalam minyak yg sedikit dgn cepat (minyak mstilah betul2 panas).
Apabila daging nmpak lembut, angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yg berbaki tadi, tumis bawang besar & bawang putih hingga sedikit layu.
Masukkan sos tiram, daging dan kacau sebentar.
Masukkan sayur2an. kalau suka berkuah bolehlah tambah sedikit air. kacau sebati, dan angkat. |
|