25hb selepas dah basuh baju sekolah anak2 dan anak2 dah basuh kasut sekolah masing2..dalam kul 3petang kitorang balik Bentong. Kali ni bertujuh campur Tomei dan Nobi. Satu pengalaman baru bawa kucing balik Bentong. Melayani karenah anak-anak kucing..ok juga.Sampai sana dah kul 8 malam pun.
Sabtu ingat nak wat rak stor bilik atas umah mak tu..tapi mak ngan ayah harap sangat kitorang ikut jugak mereka serang pejabat Cina kat kuchai lama tu, hehe. Pi umah busu dulu kat Petaling Bahagia. Mamam nasik..Selepas acara cari pejabat, kemudian jumpa dan selesai pula acara serang-menyerang tu..ayah belanja makan mcD pasal dia dah senang hati dapat balik duit dia. Balik tu ikut pulak ayah pi kg. baru, KL cari peluru senapang. Tapi ayah hampa pasal kedai peluru tu dah tutup laa pulak! Ayah kata kalau tak dapat kat Raub..kena perbaharui lesen kat balai polis, kena rm2.
Pagi Ahad tu..kitorang p kebun getah ayah. Ayah dah pegi awal sebab noreh. Kitorang pegi lambat sket dalam kul 9. Sampai2 situ terus mamam pagi dulu. Best dok situ. Segar aje mata dan otak ni ngan kehijauan dan deruan air bukit. Tapi tengok ayah menoreh dari satu pokok ke satu pokok, menuruni bukit, memerah keringat berhempas pulas mencari duit..terasa sayu aje.
Ehem!!..sambung citer balik. Abang memang dah bawak joran dari Taiping sebab nak soh anak2 rasa pengalaman mancing kat situ. Kalau kat kuala Gula tu..takde tempat redup. Nak dapat ikan kena berdiri tengah-tengah panas..sian pulak kat diorang.
Abang mancing tak lama dah dapat ikan. Tapi along dan angah makan masa lama gak la. Bila angah dah dapat dulu..along macam down aje. Angah pun angah laa..suka sangat mengusik along tu. Bila ibu, abah, atuk dan wan bagi semangat..dia mula fokus. Bila dah dapat seronok laa dia. Kitorang ni pun lega..hehe. Kalau tak kang kesian laa pulak. Lepas2 tu ada laa budak2 tu dapat lagi beberapa ekor ikan talapia.
Aku sebok mengorek anak pokok ulam serai kayu. Nak tanam kat tepi umah. Harap2 idup laa. Jenuh bawak dalam keta kecik tu, huhu.
Abang pulak sebok membakar ikan. Nak soh anak2 tengok real macamana Man vs Wild tu buat, hehe. Tapi kena guna mancis gak laa..tak guna batu untuk hidupkan api. Mula-mula masalah gak kat ikan yang besar tu sebab buluh yang mengepit tu jadi kendur tapi bila tukar buluh lain..akhirnya masak laa gak ikan tu. Walaupun takde letak sebarang perasa atau dicicah ngan kicap..enaknya ikan tu tak terkira. Manisnya..maklumlah segar dari kolam, wakaka. Angah laa paling suka makan ikan tu. Sekor yang kecik sket dia dah mamam sorang2. Pastu datang lak kongsi yang besar punya. Tomei dan Nobi pun berebut-rebut makan ikan tu..berbunyi-bunyi depa makan. Macam budak-budak dapat aiskrim..huhu.
.
Budak-budak ni kata..kalau ada ayahngah lagi best!