Jarang sangat orang buat entry pasal atas bumbung ni.. Ini adalah antara gambar2 semasa aku dan Along naik ke bumbung rumah untuk repair bumbung bahagian dapur baru yang bersambung dengan dinding yang dulunya bahagian luar rumah.. Dah cakap kat Apeng tapi biasa la dia tu.. kalu projek kecik2 camni dia ingat tak ingat je.. padahal dia yang punya pasal.. bila hujan lebat berangin je, meleleh2 air turun di dinding dari sambungan bumbung tu.. alih2 aku amik keputusan repair sendiri je.. pagi tu aku dan alona pegi hardware dan beli zink dan paku.. mahal gak zink ni.. habis la jugak dekat rm50..
Dengan tangga kayu yang agak goyang2 tu aku dengan tak berbajunya dan Along naik ke atas bumbung..Saje je bawak Along tu teman aku kat atas tu.. latih kemahiran hidup sikit.. moga jadi kenangan kat dia kemudian hari.. Along yang baru first time naik agak gayat gak.. Nampak sangat la gayat bercampur takut kat muka dia tu.. mungkin sebab tak konfiden atap genting tu leh tampung berat dia kot.. . Tapi bila dia nampak abah dia steady je jalan atas bumbung tu baru la dia agak berani skit..
Alhamdulillah.. selepas aku taruk zink tu, takde la bocor lagi bumbung umah aku semasa hujan lebat..