| Tuesday, 6-May-2008 07:02 |
|
Hannan & Husna dah 4 bulan...
|
|
Husna Nazira
Hannan Najihah...masa ni dia tgh demam...
Sekejap je masa berlalu....tarikh 3/5 lalu genaplah 2 beradik ni 4 bulan. Nak cerita perkembangan diorang tak banyak lagi sebab sekarang ni diorang masih lagi kuat tido. Kalau bangun pun sekejap je, lps tu mulalah melalak nak tido balik. Bukan senang lak tu nak dodoikan, turun naik buai baru mahu tido. Berpeluh gak la mama ngan ayah ni melayan karenah nak tido depa tu.
Hannan dah pandai meniarap dan dah mula bergerak ke belakang. Husna lak dah mengiring tapi belum meniarap lagi....malas le tu!! Cepatlah sayang oii...nanti Hannan dah merangkak sok, Husna tengok je lah...
Antara 2 beradik ni mulut Husna bising sikit, dah tersembur-sembur tapi tak banyak la....kalau banyak harus botak mama kali ni, mana taknya 2 orang. (Sampai sekarang aku tak tahu apa kaitannya anak menyembur dan maknya gugur rambut....leh connect ke?) Husna kalau mood dia baik asyikla berakap bahasa jerman dia tu.....tapi kalau dia moody, siaplah....meraung tak hingat punya...tension tul mama kadang2. Memang suka dera mama ngan ayah le Husna ni....
Hannan lak suka tersenyum....agaknya sebab dia kakak kot, so dia lebih banyak mengalah...tak banyak peel. Kalau dia jaga, letak je dia kat bawah, nanti dia main sorang2 sampai le dia letih. Kalau nak tido pun letak je dalam buai, sumbat susu...tak lama lepas tu tidolah dia, tido pun lama. Tu situasi kalau dia oklah....tapi kalau dia sakit, siaplah....lagi susah nak pujuk berbanding Husna. Masa tu naik buai pun tak mahu....nak tido kat tilam. Memang tidokan kan tilam tu lagi senang dari dalam buai tapi kang tak pasal2 kena sepak ngan abang ngan kakaknya. Iman ngan Nurin tu bukan boleh harap sangat, memang depa sayangkan adik tapi kadang2 kalau kita lepa sikit....mulalah depa cubitlah, sepaklah....macam-macamlah. Pening kepala mama ni...
Hannan meniarap ngan jayanya...
Husna yang belum lagi meniarap...
| Quote: | Menjaga si anak kembar memang memenatkan. Memerlukan banyak pengorbanan mental dan fizikal si ibu dan ayah bagi menanganinya. Kadang rasa macam nak menjerit je....ye lah, tak leh rehat langsung....ada je karenah mereka yang nak dilayan, tu belum kira karenah abang ngan kakak mereka lagi. Paling tak tahan kalau mereka terjaga tengah malam dan tak nak tido balik....mula2 dia diam lepas tu bila dah letih, dia start meragam. Kalau ikutkan rasa hati mau je mencubit sebab dah geram...dipujuk, didodoi tak mahu diam...tapi kita kena bersabar ngan karenah mereka. Kalau sorang je yang buat perangai, tak kisah lagi tapi kalau dah berdua...aduhai!!
Macam tu jugaklah kalau sakit...mereka tak sakit serentak tapi silih berganti. Lepas yang sorang dah sembuh pasti yang sorang lagi pulak dapat sakit yang sama. Dah namanya kembar ye tak?
Kalau dari segi 'yak' tu tak pulak bergilir-gilir....selalunya sorang akan 'yak' pagi dan lagi sorang akan 'yak' petang ataupun malam... |
|